web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Rawatan Kesihatan Mental Dapat Pelepasan Cukai

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 6:21PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang memperluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu yang perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan mental.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan memperuntukkan RM70 juta bagi memastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.

“Krisis pandemik ini telah memburukan masalah kesempitan hidup, keganasan rumah tangga dan kemurungan sehingga menjadi punca kepada isu kesihatan mental.

“Maka, bajet ini memperuntukkan RM70 juta bagi terus memastikan isu kesihatan mental ini diberi keutamaan,” katanya pada sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas beliau, peruntukan tersebut bagi memperkukuh perkhidmatan sokongan, kaunseling dan psikososial, menambah program advokasi serta memperkasa peranan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai penggerak program kesihatan mental.

“Selanjutnya, kerajaan juga bercadang untuk meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar,” katanya.

Jelas Tengku Zafrul, sebanyak RM32.4 bilion disediakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

“Sebagai kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyatnya, peruntukan bagi Kementerian Kesihatan adalah yang kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

“Peperangan kita dengan pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir. Oleh itu, tambahan RM4 bilion disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, RM2 bilion lagi turut disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.

“Dalam semangat Keluarga Malaysia, KKM juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan Kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara.

“Selanjutnya, bagi terus menang dalam melawan COVID-19, kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat anti viral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19,” katanya.

Bajet 2022 yang bertemakan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” mendukung Tiga Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

Bajet 2022 akan menyediakan sejumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding semua bajet sebelum ini. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

3

TARA 2 tahun yang lalu

Lelaki Janganlah Culas Buat Pemeriksaan Kesihatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori