web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Penginapan Hotel Di JB Dan Muar Meningkat Hingga 80 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 11:22AM

Ramai mengambil peluang melancong ke Johor setelah kebenaran rentas negeri diumum oleh kerajaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kadar penginapan hotel di Johor Bahru dan Muar kini telah meningkat dengan purata 70 hingga 80 peratus susulan kebenaran rentas negeri pada 11 Oktober lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.

Katanya, setelah sekian lama industri pelancongan menyepi, kini bot-bot di Jeti Mersing juga kembali sibuk.

“Ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke Johor setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum kebenaran merentas negeri di seluruh Malaysia pada 11 Oktober lepas.

“Kini saya dimaklumkan bahawa pakej-pakej bagi aktiviti ‘island hopping’ di daerah Mersing juga hampir penuh hingga pertengahan bulan 11,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook rasmi beliau, di sini hari ini.

Beliau berkata, taman tema Legoland juga telah menyaksikan peningkatan pengunjung domestik, berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.

“Terima kasih warga Malaysia kerana menjadikan Johor sebagai destinasi percutian anda. Insya-Allah Johor akan sentiasa dibuka untuk menjadi destinasi yang selamat untuk anda dan keluarga anda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 3 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori