web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluar Kereta AS Terkesan Kekurangan Semikonduktor Dari Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Aug 2021 1:08PM

Ford terpaksa memberhentikan pengeluaran trak pikap F-150 kerana kekurangan semikonduktor dari Malaysia. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia mengancam untuk memburukan lagi keadaan kekurangan pengeluaran semikonduktor dan komponen lain yang telah memberi kesan kepada pengeluar kenderaan di Amerika Syarikat (AS) selama berbulan lamanya.

Sebelum ini Malaysia tidak mempunyai kepentingan kepada rantaian bekalan teknologi seperti Taiwan, Korea Selatan atau Jepun.

Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia telah muncul sebagai pusat utama pengujian dan pembungkusan cip, dengan Infineon Technologies AG, NXP Semiconductors NV dan STMicroelectronics NV antara pembekal utama yang membuka kilang di sana.

Akibat jangkitan COVID-19 yang melambung tinggi di negara itu, sehingga menjejaskan rancangan untuk mengembalikan keupayaan pengeluaran sepenuhnya.

Dengan purata kes jangkitan harian yang dilaporkan meningkat sehingga 20,0000 orang dalam tempoh seminggu, meningkat daripada lebih 5,000 pada akhir bulan Jun, walaupun jumlah jangkitan dilaporkan menurun kepada 17,673 pada 23 Ogos.

Terdahulu, Ford Motor Co dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menghentikan sementara pengeluaran trak pikap F-150 yang popular di satu kilang AS kerana “kekurangan bahagian yang berkaitan dengan semikonduktor akibat pandemik COVID-19 di Malaysia”.

Dalam keadaan sekarang, pihak kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk menangani wabak COVID-19 dan telah memberikan pengecualian kepada pengeluar tertentu dalam usaha untuk membantu ekonomi.

Difahamkan, syarikat-syarikat dibenarkan terus beroperasi dengan 60 peratus tenaga kerja mereka semasa penutupan bulan Jun dan mereka akan dapat kembali ke 100 peratus apabila lebih daripada 80 peratus pekerja mereka diberi vaksin sepenuhnya.

Sejak kebelakangan ini, Nissan Motor Co dan General Motors Co memaklumkan pihaknya juga berhadapan kekurangan komponen disebabkan penutupan kilang di Malaysia.

Pembuat kereta Jepun itu juga telah menutup kilangnya di Smyrna, Tennessee, selama dua minggu pada bulan Ogos.

Sebelum gangguan yang berlaku di Malaysia dan beberapa negeri lain di Asia Tenggara, sudah diramalkan bahawa kekurangan cip akan menelan kos kehilangan syarikat lebih daripada RM421.8 bilion pada tahun ini sahaja. - Bloomberg

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori