web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Masih Kekurangan Pekerja Berkemahiran Digital - Akademi GA

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 6:46PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebanyakan majikan di negara ini sukar untuk mengisi jawatan berkemahiran digital di organisasi masing-masing berikutan kekurangan tenaga kerja dalam kalangan siswazah baharu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi GA Sdn Bhd Andrew Pereira.

Beliau berkata banyak tugas atau jawatan dalam bidang kemahiran digital yang tidak mempunyai bekalan tenaga kerja yang mencukupi memandangkan kekosongan di pasaran telah meningkat tiga kali ganda.

“Jumlah siswazah dalam bidang digital tidak meningkat tiga kali ganda sejak tahun lepas dan kebanyakan organisasi tidak boleh mengakses tenaga kerja asing melalui kaedah yang sama dilakukan seperti sebelum pandemik, justeru, majikan sebenarnya sukar untuk mengisi jurang ini.

“Ini termasuk tugas-tugas seperti penganalisis, pembangun perisian dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan pengekodan, pereka bentuk antara muka pengguna/ pengalaman pengguna (UI/UX), saintis data, pemasar digital, pereka bentuk produk, pengurus produk serta pereka bentuk visual,” katanya dalam program The Nation bertajuk “Dealing with rapid digitalisation” yang disiarkan di Bernama TV hari ini.

Akademi GA adalah rakan eksklusif General Assembly (GA) di Malaysia dan telah menerima hak untuk memasarkan dan menyampaikan kursus digital GA untuk manfaat pekerja tempatan dan agenda digital negara.

Ia menawarkan program untuk meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula melalui beberapa kursus seperti sains data, pemasaran digital, UI/UX, pengurusan produk, teknologi dan sebagainya.

Pereira berkata, pada masa ini Akademi GA bekerjasama dengan organisasi untuk melengkapkan pekerja mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan proses transformasi digital dengan sokongan Khazanah Nasional Bhd dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE).

“Kami membantu pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti kemahiran digital yang diperlukan agar ekonomi Malaysia terus maju dan melaksanakan program yang disasarkan dan membantu membina kemahiran-kemahiran itu.

“Kami juga bekerjasama dengan individu untuk membantu mereka memahami apakah kemahiran digital yang mereka perlukan untuk menjadikan matlamat karier mereka menjadi realiti dan menyampaikan program-program itu kepada mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Khazanah Wujud Platform Pelaburan Hijau, Tarik Lebih Banyak Pelaburan - PM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Teruskan Usaha Teroka Ilmu Tanpa Pinggirkan Khazanah Ilmu Kemanusiaan - PM Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Sasaran Lantikan Tetap Termasuk Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah Berdaftar

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Mesej Utama Di WEF Davos: Malaysia Tambah Baik Aspek Mudah Jalankan Perniagaan - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori