web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menyingkap Rahsia Karya Tersembunyi Katsushika Hokusai Di Muzium British

Nama Hokusai cukup dikenali oleh peminat seni Jepun. Karyanya ‘The Great Wave’ sudah dilihat jutaan orang. Mari, kenali lukisan-lukisannya dari 'The Great Picture Book of Everything'.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 8:52AM

Gambar ihsan The British Museum©

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Katsushika Hokusai. Tidak dapat disangkal lagi nama beliau adalah antara nama paling dikenali ramai dari dunia seni Jepun. Tetapi tahukah anda, tidak semua karyanya telah dipamerkan kepada umum? 

September nanti, Muzium British (The British Museum) di London akan menjadi institusi pertama mempamerkan lebih daripada 100 lukisan karya seniman itu. Karya-karya bersaiz poskad ini belum pernah dilihat umum. Pameran ini diberi nama Hokusai: The Great Picture Book of Everything.

Para pencinta seni pasti sudah biasa melihat karya Hokusai yang bernama ‘Under the Wave of Kanagawa’ atau nama lainnya ‘the Great Wave.’ Ia cukup banyak dihasilkan semula dalam pelbagai bentuk. Sepanjang hidupnya, Hokusai dikatakan telah menghasilkan lebih kurang 30,000 karya. 

Antaranya adalah 103 lukisan yang belum pernah dipamerkan ini. Koleksi ini telah diperolehi Muzium British tahun lalu. 

Kewujudan koleksi ini hanya diketahui apabila ia dilelong di Paris dan dibeli oleh sebuah institusi kebudayaan pada harga sekitar AS$369,360. 

Hokusai dipercayai telah membuat lukisan-lukisan ini pada sekitar tahun 1820 hingga 1840-an untuk ensiklopedia berilustrasi bertajuk Great Picture Book of Everything

Seniman ini mahu menggambarkan semua vignet asal-usul agama Buddha di India, China purba dan dunia semula jadi.

Walaupun lukisan-lukisan ini dibuat untuk ensiklopedia itu, projek ini tidak pernah disiapkan.

Menurut pakar sejarah di Muzium British, jika ia dilengkapkan dan diterbitkan, lukisan-lukisan ini tidak akan wujud sama sekali. Ini adalah kerana seorang pemotong blok profesional sepatutnya menampal lukisan ini pada kayu pokok ceri dan mengukir blok kayu itu mengikut ilustrasi pada kertas. 

Proses ini pasti memusnahkan lukisan itu. Tetapi sebaliknya, lukisan-lukisan ini disimpan di dalam kotak dan tidak pernah dilihat umum.

Karya-karya Hokusai ini akan dipamerkan buat pertama kalinya di Muzium British, London, bermula dari 30 September hingga 30 Januari 2022.

Para pengunjung dapat melihatnya bersama mahakarya Hokusai, ‘Under the Wave off Kanagawa’. Turut dipamerkan adalah beberapa objek lain yang boleh membantu pengunjung memahami cara Hokusai bekerja. 

Katanya seniman ini bekerja dengan penuh bertenaga. Beliau mula berkarya awal pagi dan tidak berhenti sehingga malam. 

“Pameran ini akan menyingkap detik-detik akhir kerjaya dan hidup seorang seniman yang bernama Hokusai. Beliau memang tidak pernah berhenti berkarya sehingga akhir hayatnya,” jelas wakil Muzium British. 

Buat mereka yang tidak berpeluang untuk ke Muzium British di London untuk melawat pameran Hokusai: The Great Picture Book of Everything ini, karya-karya seniman ini boleh diamati di laman web muzium - DailyupETX

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN