web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Afdlin Shauki Bagi Duit kepada Netizen, Syarat Main Raja Spontan Online! 

Raja Spontan Online anjuran Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bersama The Vinod Sekhar Trust membolehkan peserta bertuah memenangi hadiah wang tunai dengan pantas sambil melakukan aktiviti permainan secara spontan. 

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 7:05PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memahami desakan dan tekanan hidup segelintir masyarakat yang terkesan berikutan COVID-19, Datuk Afdlin Shauki berusaha mewujudkan sebuah program pertandingan dalam talian, Raja Spontan Online menerusi saluran YouTube, shaukitv.com.

Anjuran Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bersama The Vinod Sekhar Trust, pertandingan Raja Spontan Online ini membolehkan peserta bertuah memenangi hadiah wang tunai dengan pantas sambil melakukan aktiviti permainan secara spontan. 

Produser, pengarah, pelakon dan pelawak ini berkata, Raja Spontan Online diwujudkan untuk membantu dan menceriakan pelawak serta mereka yang suka berjenaka.

“Saya faham ramai tertekan. Daripada asyik tengok telefon bimbit dan layan TV, mereka boleh luangkan masa menyertai aktiviti berbentuk kekeluargaan seperti ini. 

“Sambil main boleh dapat duit,” katanya kepada portal Getaran. - Getaran, 22 Julai 2021

Raja Spontan Online bersifat mingguan dan sudah pun bermula sejak minggu lalu. Dalam episod lalu, peserta diminta menzahirkan idea kreatif penggunaan kuali selain untuk memasak.

Nampaknya, program ini mendapat sambutan hangat dan menyaksikan tempat pertama dimenangi Khairy @khairyidzuan serta Anie Khan @aniekhan sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM250 setiap seorang. Manakala enam peserta lagi tidak berputih mata apabila turut menerima hadiah RM100 setiap seorang. 

Minggu ini, Afdlin mencabar peserta untuk tampil dengan idea kreatif penggunaan kerusi selain dijadikan tempat duduk. 

Siapa agaknya yang akan memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan minggu ini ya? Untuk mengetahuinya, jangan lupa menonton program ini di shaukitv.com Ahad ini. 

Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan minggu ini, masih belum terlewat. Caranya mudah sahaja.  

Anda hanya perlu menghasilkan video berdurasi dua minit mengikut tema permainan yang diberikan. Video itu tidak boleh menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya serta tiada perkataan kesat atau lucah. 

Kemudian, isikan segala maklumat peribadi di borang google yang boleh didapati di eform.shaukitv.com  dan muat naik video penyertaan anda. Jangan lupa melanggan saluran YouTube shaukitv.com. 

Peserta juga perlu kongsi pautan video di Instagram, Facebook, Twitter dan Tik Tok (video dengan tanda suka dan tontonan tertinggi mempunyai peluang tinggi untuk menang. Penyertaan ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. 

Pengumuman pemenang akan dilakukan pada Ahad dan hadiah akan diberikan pada hari berikutnya. 

Bagi pertandingan minggu kedua, penyertaan akan ditutup esok, jam 7 malam. Tunggu apa lagi? Tampilkan idea spontan dua minit dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai. 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN