web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dilema Teater Melayu, Bahagian Dua

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 2:14PM

Pementasan Awek Chuck Taylor 25 Mei 2014. Gambar: Seth Akmal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam Bahagian pertama, kekurangan premis menjadi permasalahan bagi penggiat teater. Dalam bahagian kedua ini pula, penulis ingin mengutarakan faktor kekurangan naskhah dan faktor politik yang menjurus kepada matinya teater Melayu di persada seni Tanah Air. 

Naskhah

Teater Melayu sering dikaitkan dengan persembahan bangsawan yang berlatarbelakangkan zaman purba. Bangsawan adalah sebuah persembahan teater Melayu yang mempunyai elemen transisi sebelum kita beredar kepada kemodenan. Bangsawan yang dipentaskan berdasarkan hikayat purba dirasakan seperti diinspirasikan daripada budaya opera. Dengan extra turn diselitkan bersama nyanyian serta tarian menjadikannya suatu persembahan yang menghiburkan. Pada waktu itu mungkin ada pemain-pemain yang menjadikannya sebagai suatu kerjaya. Permintaan dari persembahan-persembahan tersebut menjadikannya sesuatu yang eksklusif sebagai medium hiburan golongan bangsawan. Apa yang dirasakan kurang adalah perkembangan naskhah-naskhah daripada hikayat purba tersebut. Disebabkan naskhah yang sama diulang-ulang, ia menjadikan penonton teater jelak dan sudah tahu penghabisan cerita. 

Era kemodenan dan penularan budaya Barat pula telah membawa teater Melayu ke fasa realisme.  Pada waktu ini dirasakan ramai sasterawan telah menghasilkan pelbagai bentuk naskhah penulisan dan kemudiannya diperkembangkan ke pentas. Antaranya ialah (Dato’) Nordin Hassan dan (arwah) Bidin Subari. Namun, para penggiat pentas teater Melayu realisme juga tidak menjaminnya sebagai kerjaya terutama sekali apabila mereka yang berbakat sudah ada tuntutan daripada tanggungan yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Dari segi teater kontemporari pula, (arwah) Mustaffa Noor menjadi pelopor dan amat dikagumi. 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi mengetengahkan sastera negara dalam Bahasa Melayu tetapi malangnya penggiat teater ini tidak menggunakan agensi ini sebagai bahan rujukan mereka. Mungkin naskhah-naskhah terbitan DBP ini tidak cukup baik bagi penggiat-penggiat teater untuk dipentaskan. 

DBP dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) juga ada menganjurkan pelbagai Festival Teater yang mendapat sambutan menggalakkan tetapi masih lagi tidak dapat menarik perhatian khalayak ramai dan hanya tertumpu kepada kumpulan-kumpulan teater sahaja. Pada tahun 2020, tiada penganjuran Festival Teater diadakan dan statusnya untuk tahun-tahun berikutnya tidak diketahui. 

Bagi penggerak teater yang begitu fanatik dengan mencari nafkah melalui persembahan teater, mereka akan mula merasa kecewa dengan beban hutang daripada perbelanjaan isi rumah. Ini akibat hasil rendah yang diperolehi melalui jualan tiket dan kos yang dicurahkan dalam proses membina sesebuah naskhah itu.  Akhirnya impian mereka dilupakan sahaja. 

Buku program pementasan 'Sirih Bertepuk Pinang Menari', tahun 1992. Gambar: Mymemoryartproject.com
Buku program pementasan 'Sirih Bertepuk Pinang Menari', tahun 1992. Gambar: Mymemoryartproject.com

 

Faktor Politik

Akibat perubahan pemerintahan kerajaan yang terpilih, unit kebudayaan menjadi mangsa penstrukturan semula. Teater pada suatu masa pernah dinaungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekWa). Kemudian, ia diambil alih oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya. Kini, ia terletak pula di bawah Kementerian Pelancongan. Kerajaan tidak pernah mengiktiraf teater ini sebagai satu industri yang secara tidak langsung menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Agensi yang diberi kuasa untuk mengagihkan pinjaman atau dana untuk teater, CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) pula terletak di bawah MyCreative Ventures Sdn Bhd (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, teater tidak mempunyai Majlis Teater Kebangsaan bagi memantau dan menyuarakan pemasalahan yang dihadapi oleh penggiat teater dan aktiviti yang dijalankan. Setakat ini badan yang dipertanggungjawab dalam teater adalah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) dan ia adalah di bawah Kementerian Pelancongan. Kementerian tersebut banyak menumpukan aspek pelancongan berbanding dengan kegiatan seni. 

Ini menyebabkan mereka yang terlibat dalam kesenian seperti lakonan, drama televisyen dan bidang tertentu terpaksa melibatkan diri dalam bidang lain yang tidak ada kaitan dengan kesenian seperti  menjadi krew penerbangan, pegawai di sektor kerajaan dan lain-lain. Sayangnya bakat-bakat yang diasuh melalui fakulti seni di IPTA dan IPTS tidak dimanfaatkan. 

Persembahan teater adalah sebuah persembahan secara langsung yang melibatkan penonton. Pandemik COVID-19 akan memakan masa yang panjang untuk pemulihan. Ini akan mengakibatkan kesepian dalam seni persembahan secara langsung seperti teater. Pendigitalan dan persembahan secara maya tidak merangkumi definisi sebuah persembahan teater. Panggung-panggung teater mengambil giliran untuk gulung tikar dan dengan sedihnya kita akan melihat makam teater Melayu jika sesuatu tidak dilakukan sebelum terlambat. - Getaran, 11 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)