web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO

Nikmatilah alunan muzik orkestra yang indah nukilan komposer-komposer tempatan dalam bentuk audio digital.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berdepan dengan nasib yang sama dengan industri hiburan di seluruh dunia, Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran COVID-19 yang meningkat lagi di Malaysia.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, MPO telah mengambil inisiatif untuk beralih ke dunia digital dan menggunakan laman sosial seperti YouTube sebagai ruang baru untuk menunjukkan bakat para pemuziknya.

MPO telah berkolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (MCC) dalam sebuah projek yang menyediakan platform untuk komposer tempatan memanfaatkan integrasi dan interaksi intensif bersama pemuzik dan tutor MPO serta memupuk lagi bakat mereka. 

Untuk pengetahuan semua, MCC adalah peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer tempatan dan antarabangsa. Ramai daripada mereka telah pun mewakili Malaysia di pelbagai pertandingan antarabangsa seperti ‘Young Composers Competition’ dan ‘Asian Composers League Festival’. 

Kolaborasi ini telah menghasilkan sebuah koleksi audio digital berjudul MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Vol. 1 yang membekalkan karya muzik orkestra yang indah khusus buat para peminat mereka. Dengan ini para pendengar dapat menikmati dan menghayati koleksi muzik dengan selamat di rumah ketika pandemik ini.

Koleksi audio digital ini menampilkan karya-karya orkestra klasikal oleh komposer muzik tempatan terkenal seperti seperti Vivian Chua, Johan Othman, Ng Chong Lim, Adeline Wong dan Ahmad Muriz Che Rose. 

Apa yang menarik, terdapat sebanyak sebelas buah karya di dalam koleksi audio digital ini dan kesemuanya pernah dipersembahkan oleh MPO di acara MPO Forum Untuk Komposer Malaysia pada tahun 2003 hingga 2006.

Ini termasuklah karya simfonik, berjudul ‘Mercu Kegemilangan’ oleh Vivian Chua yang diciptakan khusus  sempena ulang tahun ke-20 MPO dan ‘Bertabuh Kala Senja’ oleh Ahmad Muriz Che Rose, sebuah karya yang memberi gambaran antara senja dan hari yang baru.

Selain itu, ia juga turut merangkumi karya muzik daripada komposer berbakat tanah air yang lain dan menceritakan kisah keindahan hutan hujan tropika, alunan muzik yang diilhamkan daripada novel The Lovely Bones dan sebagainya

Bagi mereka yang berminat untuk mendengarkan audio digital ini, ia kini boleh didapati di saluran YouTube rasmi MPO. Selain itu, layari laman web rasmi mereka atau media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk berita terkini. – Getaran, 10 Jun 2021

Semua gambar: Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO)


 

Sorotan

1

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

2

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

3

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

4

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

5

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

6

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad