Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Conteng’ Tong Dram, Pekan Kartun Edisi Ke-9 Tonjol Kreativiti Kartunis

Budaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 4:11PM

Tong dram digunakan dalam satu pertandingan pada Pekan Kartun Ke-9. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Kartunis dan penggiat seni doodle atau contengan menonjolkan kreativiti mereka melukis di atas tong dram dalam satu pertandingan pada Pekan Kartun di Kellie's Castle di sini semalam.

Program sempena merancakkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 itu merupakan anjuran bersama Persatuan Pelancongan Bumiputera Perak (PPPBP) dan pengurusan Pekan Kartun yang kini memasuki edisi kesembilan.

"Kebiasaannya mereka akan melukis di permukaan rata, kali ini cabarannya mereka perlu hasilkan kreativiti mereka di atas permukaan melengkung, jadi ia sesuatu yang baharu buat penggiat seni ini untuk nyatakan emosi pelukis doodle pelbagai bentuk karya, sama ada abstrak atau rawak," kata Pengerusi PPPBP Zamari Muhyi kepada Bernama pada program itu.

Beliau berkata program yang berlangsung dua hari bermula semalam itu merupakan platform menghubungkan para penggiat seni kartun seluruh negara yang memfokuskan pada seni doodle.

Menurut Zamari, antara kelainan ditampilkan pada Pekan Kartun kali ini adalah perkhemahan di tepian sungai yang menarik penyertaan 130 peserta, selain pertandingan mewarna Free Palestine, wayang pacak dan aktiviti memancing ikan sungai.

"Rutin Pekan Kartun adalah Cabaran Melukis 24 Jam yang begitu sinonim dengan penganjuran acara ini termasuk sesi bersama kartunis jemputan dan seminar berkaitan lukisan.

"Selain itu pelbagai acara dan aktiviti lain telah disajikan bagi memeriahkan lagi program seperti persembahan muzik, tayangan animasi dan jualan vendor," katanya.

Zamari berkata pihaknya turut menerima penyertaan daripada Kolej Komuniti Chenderoh, Pasir Salak dan Teluk Intan yang menganjurkan bengkel dan taklimat berkaitan seni lukis.

"Kita mengadakan program berbentuk wacana supaya hal-hal industri seni kartun ini akan dipanjangkan dan tidak berlalu begitu sahaja," katanya.

Beliau menambah hasil karya pada program itu akan dipamerkan di Kellie’s Castle untuk tatapan pengunjung serta sebagai tarikan pelancong ke bangunan tinggalan bersejarah itu.  - BERNAMA

Kredit Foto: BERNAMA

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Muzik 8 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar