web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


McDonald’s Malaysia Tangguh Karnival Famili Mekdi

Selaku penganjur, McDonald’s Malaysia memberi jaminan akan memulangkan semula wang pendaftaran peserta Mekdi Fun Walk

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:20PM

McDonald's Malaysia hari ini mengumumkan penangguhan program Karnival Famili Mekdi menerusi akaun media sosialnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan penangguhan penganjuran Karnival Famili Mekdi yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya (28 dan 29 Oktober), Pulau Pinang (4 dan 5 November) dan Johor Bahru (10 dan 11 November).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform media sosialnya,  McDonald’s turut memaklumkan bahawa semua peserta yang sudah mendaftar bagi acara Mekdi Fun Walk di Putrajaya pada 28 Oktober ini akan menerima semula wang yuran pendaftaran.

“Kami percaya ramai daripada anda yang menantikan acara ini dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Bagi peserta yang telah mendaftar untuk acara Mekdi Fun Walk pada 28 Oktober di McDonald’s Putrajaya, yuran pendaftaran akan dipulangkan sepenuhnya.

“Pihak McDonald’s akan menghubungi anda dalam masa terdekat untuk proses bayaran balik,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, McDonald’s turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pihak terbabit.

Karnival Famili Mekdi adalah kemuncak program Bulan Komuniti anjuran McDonald’s Malaysia yang berlangsung sepanjang Oktober.

Bulan Komuniti adalah salah satu inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) bertujuan mewujudkan suasana positif dalam kalangan masyarakat di sekitar lokasi McDonald’s beroperasi.

Mengikut perancangan asal, Karnival Famili Mekdi bakal disertai oleh rumah-rumah kebajikan kanak-kanak terpilih.

Walaupun, pihak Mcdonald’s Malaysia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca penangguhan acara itu, namun ia dipercayai berkait rapat dengan dengan konflik di Gaza. – Getaran, 26 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN