web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Hasilkan 600 Jenis Origami Jet Pejuang

Warga emas yang berasal dari Yong Peng, Johor itu berkata dia mula berminat dalam origami selepas mengunjungi pameran kapal terbang di Singapura pada 1998.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 9:17AM

Origami pertama dihasilkan adalah bersaiz kertas A4 iaitu mirip jet pejuang F15 sebenar dan paling besar pernah dihasilkan adalah bersaiz lebih satu meter, yang memerlukan hampir sehari untuk disiapkan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tidak siapa sangka, seorang pesara guru berusia 88 tahun mampu menghasilkan 600 jenis origami jet pejuang dengan menggunakan kertas.

Ee Choo Teck, yang aktif dalam bidang origami selama 24 tahun turut memiliki sebuah studio yang dinamakan Modern Origami, untuk mempamerkan ribuan hasil karya origaminya di Bukit Jambul di sini.

Warga emas yang berasal dari Yong Peng, Johor itu berkata dia mula berminat dalam origami selepas mengunjungi pameran kapal terbang di Singapura pada 1998.

"Selepas balik dari pameran kapal terbang, saya cuba menggunakan kertas untuk menghasilkan jet pejuang bagi mengambil hati cucu...itulah titik permulaan saya dalam bidang origami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman di Bukit Jambul baru-baru ini.

Menurutnya, origami pertama dihasilkan adalah bersaiz kertas A4 iaitu mirip jet pejuang F15  sebenar dan paling besar pernah dihasilkan adalah bersaiz lebih satu meter, yang memerlukan hampir sehari untuk disiapkan.

Setelah berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 2000 untuk mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Ee berkata dia sering melipat origami jet pejuang untuk dihadiahkan kepada murid-muridnya.

"Seorang rakan guru yang mencadangkan saya supaya menjual hasil origami jet pejuang kerana dikatakan amat unik dan cantik. Sebagai pemulaan, saya berikan origami jet pejuang yang saya lipat kepada badan-badan bukan kerajaan untuk dijual dan mengutip derma," katanya.

Selepas mendapat sambutan mengalakkan, Ee berkata dia mula berniaga dengan menyertai pasar hujung minggu iaitu Armenian Street market sehingga kini.

Katanya, dalam sehari, dia mampu menjual 40 hingga 50 buah origami jet pejuang dalam pelbagai saiz dengan hasil jualan boleh mencecah RM300.

"Saya menjual origami jet pejuang dengan harga RM5 hingga RM10 mengikut saiz dan jenis jet pejuang. Saya juga menyimpan ribuan origami di studio sebagai hiasan untuk semua peminat origami," katanya yang mampu menghasilkan lebih 100 origami jet pejuang bersaiz kerta A4 dalam lapan hingga 10 jam sehari.

Ee berkata origami jet pejuang yang dihasilkannya bukan sahaja dijadikan sebagai barang hiasan tapi boleh juga terbang seperti kapal terbang kertas lain.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...