web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Duta Keamanan Prem Rawat Cipta Rekod Dunia Guinness Dalam Acara Membaca Buku

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 8:05AM

Rawat menerima sijil Rekod Dunia Guinnessnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Duta Keamanan terkenal Prem Rawat mencipta Rekod Dunia Guinness baharu apabila berjaya menarik bilangan penonton paling ramai dalam sesi pembacaan buku oleh seorang penulis.

Acara yang berlangsung pada 2 April di Lucknow, India itu menyaksikan Rawat membaca satu bab bukunya “Hear Yourself” dalam bahasa Hindi kepada lebih 114,000 penonton, mengatasi rekod sebelumnya seramai 6,786 orang.

“‘Hear Yourself’ merupakan kisah-kisah dari zaman purba dan moden hasil pengalaman Rawat bertemu pelbagai orang, daripada tokoh agama, pemimpin politik sehinggalah banduan di beberapa penjara keselamatan tertinggi di dunia,” menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama.       

Buku terbitan Harper Collins dalam bahasa Inggeris di Amerika Syarikat pada September 2021 itu, mencatat jualan buku terlaris New York Times.

Buku itu kini boleh didapati dalam beberapa bahasa lain termasuk Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman dan Portugis.

“Buku dalam bahasa Hindi telah dikeluarkan di seluruh India dan antarabangsa,” kata kenyataan itu sambil menambah acara membaca buku itu dihadiri oleh orang kenamaan, cendekiawan, selebriti, pelajar dan individu daripada semua lapisan masyarakat.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa rekod dunia baharu yang dilakar oleh Rawat juga melebihi rekod berbilang penulis sebelumnya iaitu seramai 20,264 penonton yang dipegang oleh pengarang Harry Potter, J K Rowling, dan dua yang lain.

Dilahirkan di India Utara pada tahun 1957, Rawat telah menyampaikan ucapan kepada ratusan juta orang di seluruh dunia pada acara langsung serta di TV dan radio.

Ucapan beliau telah diterjemah ke dalam lebih daripada 75 bahasa, dan beliau kerap dijemput untuk berucap di universiti dan forum dan acara antarabangsa berprestij. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Bonnie Sekali Lagi Pecahkan Rekod Dunia Para Powerlifting

2

Muzik 4 tahun yang lalu

‘Lalisa’ Pecahkan Dua Rekod Baharu Guinness World Records

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN