web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurang Dana, Tenaga Kerja, Punca Mutu Persembahan Jatuh - Low Ngai Yuen

Menurut Ngai Yuen lagi, Anugerah Seni BOH Cameronian (BCAA) hadir lagi tahun ini dengan tema A New Day, Setia Pada Senimu bagi menyeru semua penggiat seni untuk bangkit semula dan kembali dengan semangat yang baru.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:22PM

Anugerah Seni BOH Cameronian (BCAA) kembali lagi tahun ini dengan tema A New Day, Setia Pada Senimu.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 memberikan tamparan hebat khususnya buat anak-anak seni yang memang bergantung hidup sepenuhnya kepada tawaran persembahan.

Sekatan dan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika pandemik itu 'mengganas' telah membuatkan banyak penggiat seni beralih arah dan bertukar bidang pekerjaan yang boleh menjamin kewangan. 

Perkara ini diakui presiden Kak Seni, Low Ngai Yuen yang mendedahkan bahawa komuniti seni persembahan negara masih bertatih untuk menghidupkan kembali kegiatan seni selepas pandemik melanda dunia beberapa tahun sudah.

Low Ngai Yuen - Gambar oleh Wafa Aula
Low Ngai Yuen - Gambar oleh Wafa Aula

“Semasa pandemik tiada langsung pekerjaan yang boleh dilakukan penggiat seni persembahan apalagi bidang ini tidak mempunyai skim simpanan kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) mahupun SOCSO. Mereka tiada tempat untuk bergantung harap. Jadi bila keadaan semakin berlarutan, mereka mula bertukar kerja untuk menampung hidup.

“Apabila mereka sudah memasuki alam pekerjaan selama dua tahun, mereka masih takut untuk kembali ke dunia seni. Kami sedang cuba mengajak mereka kembali, jangan takut dan percayalah kepada sistem.

''Mereka mungkin rasa stabil sekarang tapi mereka tak gembira kerana tiada kepuasan dalam diri,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pengumuman senarai pencalonan untuk Anugerah Seni BOH Cameronian (BCAA) ke-18 semalam.

Bercakap mengenai penyertaan BCAA kali ini, Ngai Yuen melihat sebuah trend baharu di mana  penggiat seni persembahan lebih cenderung memilih pertunjukan secara solo kerana sumber tenaga kerja dan bajet yang terhad. Faktor ini juga memberi kesan secara langsung kepada mutu persembahan penggiat seni pasca pandemik.

“Sebenarnya setiap tahun kami (Kaki Seni) memang sangat aktif untuk menghakimi persembahan. Walaupun kami memang nampak mutu persembahan semakin jatuh, namun kami juga faham para penggiat seni ini melakukan persembahan dalam keadaan yang serba kekurangan. Kami juga menasihati mereka agar tidak membiarkan semua ini mempengaruhi tanggapan penonton terhadap persembahan mereka. 

“Penonton bila tengok sesuatu persembahan, mereka tidak akan fikir apa yang sedang berlaku di belakang tabir seperti kesusahan mereka untuk mencari tenaga kerja untuk bekerja,” tambahnya lagi.

Nyai Yuen berharap penonton akan membiasakan diri dengan rutin menonton persembahan dan berharap selepas raya mereka akan mula pertimbangkan untuk menonton acara seni. - Gambar fail
Nyai Yuen berharap penonton akan membiasakan diri dengan rutin menonton persembahan dan berharap selepas raya mereka akan mula pertimbangkan untuk menonton acara seni. - Gambar fail

Menghidupkan dan merancakkan kembali seni persembahan di Malaysia memang merupakan sebuah proses yang mencabar dan memerlukan masa yang lama. Ada banyak aspek yang perlu difikirkan antaranya dari sudut penggiat seni, penaja mahupun penonton.

“Korporat belum kembali untuk berikan sokongan kepada kegiatan seni. Penonton pun belum lagi biasakan diri dengan rutin menonton persembahan. Kita berharap selepas raya mereka akan mula pertimbangkan untuk menonton acara seni.

“Beberapa tempat performing art juga sudah tutup. Jika ada pun, sangat susah untuk mereka kekalkan ruangan itu. Kita juga tak tahu nak mula di mana. Adakah kita nak suruh pihak spaces bagi diskaun dahulu atau tunggu orang buat persembahan atau tunggu penonton? Apa pun, yang pasti, kita memang perlukan masa yang lama,” tegas.

Terus menyokong kegiatan seni persembahan di Malaysia, BCAA hadir lagi tahun ini dengan tema A New Day, Setia Pada Senimu bagi menyeru semua penggiat seni untuk bangkit semula dan kembali dengan semangat yang baru.

Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 ini akan berlangsung pada Ahad, 14 Mei ini di PJPAC, 1 Utama. - Getaran, 4 April 2023 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel