web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Milik Baginda Kepada Sarawak

Tunku Azizah bertitah keringkam berusia 35 tahun itu mempunyai nilai seni yang tinggi serta perlu dihargai oleh generasi baharu agar ia tidak dilupakan bagi memartabatkan keindahan seni tenunan kain.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 8:00AM

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiahkan keringkam perkahwinan miliknya untuk dipamerkan di Muzium Sarawak selepas merasmikan 'Lembaran Emas Siri 2: Borneo Textile Symposium' - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiahkan Keringkam Sarawak milik baginda kepada pihak Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada umum.

Tunku Azizah bertitah keringkam berusia 35 tahun yang diterimanya sebagai hantaran perkahwinan itu mempunyai nilai seni yang tinggi serta perlu dihargai oleh generasi baharu agar ia tidak dilupakan bagi memartabatkan keindahan seni tenunan kain.

“Ini adalah hadiah perkahwinan dalam satu daripada 16 dulang yang saya dapat ketika berkahwin dengan suami saya (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Memandangkan ia adalah Keringkam Sarawak, hari ini saya mahu menyerahkan kepada kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium,” titah baginda pada majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo di sini.

Baginda yang juga merupakan Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) menyeru tukang tenun yang mahir agar tidak lokek berkongsi  ilmu serta menurunkan kemahiran yang ada kepada generasi baharu.

Tunku Azizah bertitah jumlah penenun berkemahiran semakin kurang dalam kalangan masyarakat dan mereka yang sudah tidak bergiat lagi dalam bidang itu perlu digalakkan untuk kembali aktif bagi membolehkan generasi baharu untuk belajar daripada mereka.

“Kami dapati semakin berkurangan orang yang terlibat dalam tenunan dan kita mesti galakkan mereka kembali kerana adalah penting bagi penenun untuk menurunkan pengetahuan mereka. Kita mesti pastikan ilmu dan warisan ini tidak luntur ditelan zaman.

“Adalah penting bagi mereka untuk menurunkan pengetahuan mereka untuk kita dokumentasikan setiap bahagian, bagi membolehkan kita mewariskannya kepada generasi akan datang,” titah baginda.

Tunku Azizah bertitah industri tekstil semakin berkembang pesat serta mampu meningkatkan  nilai eksport dan import, justeru peluang perlu diambil untuk mempromosikan tekstil komuniti di negara ini ke persada dunia.

Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 dianjurkan bertujuan untuk memupuk hubungan antara masyarakat dan pemain industri tekstil, selain menjadi platform pertukaran idea ke arah pemeliharaan dan kemampanan tekstil di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Tunku Azizah Permaisuri Yang Sempurna, Titah Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Santapan Beradat Menjunjung Kasih

3

Semasa 2 tahun yang lalu

"Anda Berhak Menerimanya", Titah Agong Kepada Pengawal Keselamatan Tular

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakyat Sabah, Sarawak Hebat - Agong

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN