web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pementasan Teater IQ.ROCK Kupas Isu Pendidikan Kawasan Pendalaman

IQ.Rock juga diangkat daripada kisah benar salah seorang penulis teater ini iaitu Azmi Hud tentang keadaan sebenar sistem pendidikan sewaktu dirinya membesar di FELDA.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 2:31PM

IQ.ROCK adalah sebuah pementasan teater dwibahasa yang akan ditayangkan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) selama 4 hari bermula 1 hingga 4 Disember 2022. - Gambar ihsan Anomalist Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun berehat, Anomalist Production membuat kemunculan semula di dalam arena teater tempatan di Malaysia dengan pementasan semula IQ.ROCK dengan mengupas lapisan dan mencari akar permasalahan pelajaran di kawasan pendalaman. 

IQ.ROCK yang dicetuskan menerusi mainan kata yang bijak daripada perkataan Arab, Iqra adalah sebuah pementasan teater dwibahasa yang akan ditayangkan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) selama 4 hari bermula 1 hingga 4 Disember 2022.

Gambar Anomalist Production
Gambar Anomalist Production

Pementasan teater IQ.ROCK ini adalah arahan Khairi Anwar yang juga pengarah filem Mentega Terbang, manakala naskhah skrip ini dihasilkan Khairi bersama Azmi Hud (Jimi).

Khairi berkata, IQ.ROCK atau Iqra yang secara tidak langsung bermaksud baca dipentaskan dengan tujuan untuk untuk memperlihatkan realiti sebenar dalam sistem pendidikan di Malaysia dari sudut kisah seorang pelajar sekolah menengah dari dalam perkampungan FELDA.

“Ia merupakan sebuah kisah yang benar tentang keadaan diri Jimi (penulis) sewaktu membesar di dalam kawasan FELDA. 

“Dia mahu menceritakan tentang sistem pendidikan di FELDA yang dianak tirikan, dan pelajar yang tidak diberi peluang yang sama sepertimana pelajar di bandar. 

“Kekurangan pendedahan dan bimbingan akhirnya membawa kepada masalah sosial seperti, perlumbaan motosikal secara haram, penderaan, kebebasan seksual yang tidak dibendung, dan lain-lain, di mana permasalahan ini menjadi sumber hiburan golongan belia di sana,” katanya. 

Gambar Anomalist Production
Gambar Anomalist Production

Sementara itu Jimi pula memberitahu bahawa, tiada siapa yang mendedahkan tentang kehidupan di luar daripada kawasan FELDA kepada mereka ketika itu. 

Namun, atas bantuan beberapa mentor, ia membolehkan Jimi untuk menduduki semula SPM pada umur 22 tahun dan berjaya mendapatkan diploma. 

Permasalahan global akibat pandemik COVID-19 tidak menghalang IQ.ROCK daripada terus berkembang di Malaysia ataupun peringkat antarabangsa. 

Selepas dapat mengumpulkan seramai 1,500 penonton yang menonton bacaan skrip secara maya pada tahun 2020, IQ.ROCK belayar ke Hong Kong pada 2021 di mana sebuah syarikat teater di sana membuat bacaan skrip secara fizikal dengan menggunakan bahasa kantonis. 

Selepas melihat maklum balas dan reaksi yang baik daripada beberapa pihak, pengarah, Khairi Anwar (30) memutuskan untuk membuat pementasan buat kali ketiga di Malaysia. 

Gambar Anomalist Production
Gambar Anomalist Production

“Cerita ini masih relevan dan terus mendapat sokongan yang besar dari orang ramai. Saya rasa ia wajar dipentaskan kembali selepas pertama kali dipentaskan pada tahun 2018,” katanya. 

Teater IQ.Rock ini dibintangi Fimie Don, Ranessa Theyakaraja, Megat Adli, Maza Maamor, Safia Azman, Tharwa Karina, Khayrisyah Kemal dan Husnul Hadi. 

Watak utama IQ.Rock iaitu Azim dimain Fimie Don iaitu seorang bintang kanak-kanak pada awal tahun 2000 yang kini semakin terkenal di saluran TV Malaysia.

Azim ialah seorang lelaki remaja di SMK Sri Serting, yang dikelilingi rakan sekelas yang riuh dan tidak mempunyai minat untuk berjaya dalam SPM. 

Meskipun begitu, Azim mempunyai minat untuk membaca dan berazam untuk keluar daripada perkampungan tersebut, manakala kawan-kawannya sudah pun menerima cara hidup mereka, dan bercita-cita untuk hanya menjadi penoreh getah satu masa nanti.

Gambar Anomalist Production
Gambar Anomalist Production

Tanpa sebarang jangkaan, mereka dikenalkan dengan watak Teacher Mary, yang berazam untuk membaik pulih sistem pembelajaran dan membuat perubahan, bermula dengan seorang pelajar, ke pelajar yang lain. 

Teacher Mary melalui pelbagai turun naik dalam usahanya untuk membawa Azim dan kawan-kawannya mempunyai minat untuk membaca, belajar, dan mungkin satu hari nanti hidup di dunia luar dari perkampungan FELDA tersebut. 

Semua pementasan IQ. ROCK akan disertakan sarikata bahasa Inggeris. Tiket untuk IQ. ROCK boleh didapati di www.anomalistproduction.com dan harga lingkungan RM45 hingga RM75, bergantung kepada tempat duduk. 

Pemegang pas bermusim akan mendapat satu (1) tiket percuma dan mendapat harga tiket awal untuk membeli tiket lebih.  - Getaran, 11 November 2022 

Gambar Anomalist Production
Gambar Anomalist Production

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lori Elektrik Dengan GPS Inisiatif Baharu FELDA, Pastikan Hasil Diurus Lebih Baik - Ahmad Shabery

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN