Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Status Sudah Berkahwin Atau Sedang Dilamun Cinta, Liza Abdullah Masih Mahu Berteka-Teki! 

Dalam perkembangan lain, Liza Abdullah bakal menjayakan pementasan teater Nyonya arahan Dr Rosminah Tahir yang akan berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 15 dan 16 Oktober ini. 

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 6:00PM

Liza Abdullah - Gambar dari CTRA Production & A4 Communications

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Liza Abdullah masih mengunci mulut tentang status terkini apabila ditanya sama ada dia sudah berkahwin atau masih dilamun cinta. 

Bahkan, dia dalam nada bergurau mengakui akan berasa marah apabila diajukan persoalan tentang kehidupan peribadinya itu. 

“Bila sudah di usia begini, kalau boleh kita ingin mengelak daripada menjawab persoalan yang seperti itu. Bukan apa, banyak hati yang perlu dijaga,” katanya. 

Jawapan Liza ternyata mengundang spekulasi sehingga ada pihak media yang menganggap dia sudah berkahwin. 

“Saya tak mahu kata ya atau kata tidak. Nanti ada pula yang ‘caras’ laki saya,” katanya sambil bergurau. 

Liza Abdullah
Liza Abdullah

Namun, daripada desas-desus yang diketahui Getaran, Liza yang sebelum ini banyak memegang watak utama dalam filem-filem era 80-an sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Mungkin apabila sudah tiba masanya, dia sendiri akan menguar-uarkan perkara itu dan hanya masa sahaja yang akan menentukannya. 

Dalam perkembangan lain, Liza Abdullah bakal menjayakan pementasan teater Nyonya arahan Dr Rosminah Tahir yang akan berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang pada 15 dan 16 Oktober ini. 

Liza akui kebaya yang dikenakannya itu masih lagi tidak mengikut potongan badan kerana dia tidak suka menggunakan korset.
Liza akui kebaya yang dikenakannya itu masih lagi tidak mengikut potongan badan kerana dia tidak suka menggunakan korset.

Apa yang menarik, dia perlu mengenakan kebaya untuk menjayakan salah satu watak keponakan di dalam teater naskhah Allahyarham Profesor Wisran Hadi. 

“Sudah 30 tahun saya tidak berkebaya. Bila diminta untuk menyarungkan busana ini, saya okay sahaja, cuma tidak terfikir akan memakainya. Malah, anak saya sendiri terkejut sebab dia tidak pernah melihat saya berkebaya.

“Maklumlah bila di waktu usia begini, kita sebenarnya lebih selesa menyarungkan pakaiannya yang longgar-longgar.Tapi, bagus juga sebab sebelum ini, setiap kali berlakon, orang banyak tengok saya mengenakan jubah,” katanya yang pernah membintangi filem Pagar-Pagar Cinta, Jejaka Perasan, Marah-Marah Sayang. 

Namun, Liza akui kebaya yang dikenakannya itu masih lagi tidak mengikut potongan badan kerana dia tidak suka menggunakan korset. 

“Kebaya nih yang cantiknya bila kita ia ketat di badan. Tapi Alhamdulillah, mereka boleh terima bila saya tak mahu gunakan korset. 

“Bukan apa, bila pakai korset, ia akan nampak membuak di bahagian dada. Jadi, saya kenalah jaga tentang perkara-perkara seperti itu,” tuturnya yang cukup terkenal dengan watak Mak Leha dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2. 

Walaupun sudah berpengalaman bermain teater berskala besar dan kecil sebelum ini, Liza bagaimanapun mengakui masih diselubungi rasa gementar. 

“Teater ini cabarannya berbeza. Tapi, saya suka untuk melakukanya kerana saya mahu tinggalkan satu kenangan. Bila kita buat sesuatu yang kita suka duit bukan lagi satu keutamaan. 

“Sebab itu, waktu Siti Rohayah Atan (produser) menawarkan saya untuk menjayakan pementasan teater ini saya mahu buat. 

“Tapi, saya bagitau dia dengan syarat kena ada latihan supaya kita betul-betul hadam dengan watak kita sebelum menjayakan pementasan tersebut. 

“Dan bila saya buat teater, saya tidak akan ambil apa-apa ‘job’ sebab mahu memberikan fokus sebab teater tiada ulangan, tidak macam drama TV. Kalau buat salah pun, kita tidak boleh buat semula” katanya. 

Jelas Liza lagi, sewaktu menjayakan teater pementasan teater, Dara dan Makcik Bawang di Melaka pada Julai lalu, dia telah ditawarkan untuk berlakon teater Nyonya. 

“Saya sangkakan teater ini tidak jadi. Jadi, saya sudah ambil job berlakon telefilem. Tiba-tiba teater ini jadi pula. 

“Kalau hendak diikutkan masa sidang media ini pun, saya tidak dapat datang sebab terlibat dengan syuting dan saya terpaksa minta jasa baik pihak produksi untuk membenarkan saya hadir,” katanya. 

Apa yang lebih menakutkan Liza adalah dia juga sibuk dengan syuting telefilem tersebut sejak 7 Oktober sehingga 11 Oktober, sedangkan hari pementasan teater Nyonya semakin dekat. 

“Saya takut saya tidak boleh beraksi nanti kerana pementasan teater Nyonya ini ada pergerakan, tarian dan dialog. Bahka, ada dialog panjang sebanyak empat muka surat yang perlu saya hafal. 

“Mujurlah, latihan sudah bermula sejak September yang lalu. Tapi, ia masih tidak mencukupi dan saya harap pada 12 Oktober dan 13 Oktober, saya akan dapat buat latihan yang penuh untuk persiapan teater ini. 

“Sebelum saya setuju untuk menjayakan pementasan teater ini, saya sudah pun memberitahu pihak produksi tentang masalah yang saya hadapi. 

“Produsernya, Siti Rohayah pula berkata, dia tidak kisah jika saya tidak dapat datang masa latihan sebab perlu jayakan syuting telefilem. Tapi, kalau yang buruk masa show nanti adalah saya. Memang dia sengaja cakap begitu untuk menakutkan lagi saya. Manalah kita tak rasa gementar,” katanya. 

Teater Nyonya terbitan terbitan CTRA Production & A4 Communications milik penulis dan aktivis teater Siti Rohayah Atan ini turut dijayakan Along Eyzendy, Vanidah Imran, Ziela Jalil, Zera Hariz dan Deera Amin. 

Dinaungi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, tiket pementasan teater ini dijual pada harga RM30 dan RM50. - Getaran, 10 Oktober 2022 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran