Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Teater Nyonya Ubati Kekecewaan Along Eyzendy, Selepas Moyang Salleh Dibatalkan Di Istana Budaya 

Along bagaimanapun mengakui, teater Nyonya bukanlah asing buatnya kerana dia pernah menjayakan pementasan naskhah teater ini beberapa kali. 

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 6:14PM

Along Eyzendy - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sebelum ini pernah kecewa apabila pementasan teater muzikal Moyang Salleh yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya sempena bulan kemerdekaan negara dibatalkan, namun rezeki untuk bermain teater tetap berpihak kepada Along Eyzendy. 

Along Eyzendy adalah antara pelakon yang bakal menjayakan pementasan teater Nyonya arahan Dr Rosminah Tahir yang akan diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 15 dan 16 Oktober ini. 

Turut sama menjayakan pementasan teater terbitan CTRA Production & A4 Communications milik penulis dan aktivis teater Siti Rohayah Atan itu adalah Vanidah Imran, Ziela Jalil, Liza Abdullah, Zera Hariz dan Deera Amin. 

Along Eyzendy
Along Eyzendy

“Saya berpegang kepada rezeki di tangan Allah. Ia juga mengubati kerinduan juga untuk berlakon teater. Kiranya ini adalah pementasan teater pertama saya untuk tahun ini dan selepas lima tahun tak main teater. 

“Sebab itulah, kebanyakan rakan-rakan pelakon teater lebih selesa berlakon dengan orang-orang di sekeliling yang sama. Mereka akan bagitau terus-terang, ada bajet atau tidak ada bajet.

“Kalau tidak ada bajet, mereka akan bagitau, bayaran diperolehi daripada koleksi kutipan tiket. Nak buat boleh buat, tak nak buat, tak payah buat. Mereka terus-terang dan tidak menjanjikan bulan atau bintang. 

“Yang sebelum ini (Moyang Salleh), mereka bagitau bayaran awak sekian-sekian, kemudian kena tandatangan kontrak. Mereka minta tempoh seminggu untuk mereka buat pembayaran, tapi bayaran tidak dibuat,” katanya kepada Getaran. 

Along berkata lagi, ada yang mencadangkan kepada dia untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyaman pihak produksi teater tersebut kerana tidak mendapat sebarang bayaran walaupun sudah menandatangani kontrak. 

“Macam mana nak saman diaorang, diaorang nak bayar artis pun takde duit. Kalau saya saman diaorang, saya pun keluar duit, diaorang pun keluar duit. Biarlah diaorang. Lagipun buang masa je kalau saya buat macam (saman) tuh. 

“Macam Kak Roy (Siti Rohayah Atan) lain sikit. Dia bagitau saya, Along, kita nak buat teater nih, tapi Insya Allah, kita tunggu bajet sampai. Dia bagitau terus-terang. Takde janji awal apa-apa. Sebab tuh saya okay nak buat dengan Kak Roy untuk teater Nyonya ini,” katanya. 

Along Eyzendy
Along Eyzendy

Mengenai pengumuman pembatalan teater muzikal Moyang Salleh yang dimuatnaiknya di FB dan Instagram miliknya, Along menjelaskan, dia mempunyai sebab untuk berbuat demikian. 

“Sebelum saya naikkan posting itu, saya ada bertanyakan dahulu dengan pihak produksi mengenai kedudukan teater muzikal Moyang Salleh. 

“Saya tanya di dalam kumpulan WhatsApp. Saya tanya, kita nih tak jadi buat teater muzikal di Istana Budaya, takde ke nak ura-uarkan. 

“Sebab orang tanya saya, saya buat lagi tak teater. Sebab mereka nak panggil saya untuk buat job lain. Yang sedihnya, disebabkan teater muzikal, Moyang Salleh, saya terpaksa tolak job drama bersiri, 26 episod arahan Hashim Rejab. 

“Bila tak jadi saya frust dan terduduk saya selama sebulan. Bila saya tanya, tiada seorang pun yang jawab. Saya call pembantu pengarah sebab dia ada beritahu jangan letak posting apa-apa. Tapi, kita dah hampir tempoh pementasan dan pementasan itu pula tidak berlaku,” katanya. 

Sambung Along lagi, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memuatnaik posting mengenai pembatalan teater muzikal Moyang Salleh itu. 

“Bila saya muatnaik, mereka kata saya salah fahamlah. Itu dan inilah. Macam-macam spekulasi yang timbul dan mereka juga menyalahkan saya dan saya pula yang nampak jahat. 

“Bahkan, ada yang minta saya untuk tarik balik kenyataan saya itu. Padahal memang pementasan itu tidak jadi pun,” katanya. 

Mengenai pementasan teater Nyonya, Along berkata, dia sudah beberapa kali menjayakan naskhah teater Wisran Hadi termasuk sewaktu menjadi penuntut di ASWARA. 

“Saya sangat memahami teks naskhah teater ini dan secara peribadi saya juga penggemar karya Wisran Hadi ini. 

“Ia memudahkan lagi tugas saya untuk menjayakan watak Tuan dan pementasan ini secara keseluruhan bersama-sama dengan barisan pelakon yang lain,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022. 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 2 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN