web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zubaidah Dilantik KP Baharu Istana Budaya

Zubaidah yang memulakan tugasnya hari ini berhasrat memperluaskan kerjasama dengan pelbagai tenaga kerja daripada produksi lain bagi memperkukuh industri seni dan budaya negara menerusi pertukaran kepakaran dan pandangan.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 11:18AM

Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Zubaidah Mukhtar dilantik Ketua Pengarah Istana Budaya baharu berkuat kuasa 21 September lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Zubaidah Mukhtar dilantik Ketua Pengarah Istana Budaya baharu berkuat kuasa 21 Sept lepas.

Zubaidah, 54, menggantikan Zaiton Md Desa yang bersara wajib pada 20 Okt tahun lepas.

Beliau adalah lulusan Universiti Alabama di Tuscaloosa, Amerika Syarikat dan berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang pelancongan, kesenian dan kebudayaan. 

Zubaidah pernah berkhidmat di JKKN dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta pernah menyandang beberapa jawatan antaranya Pengarah Bimbingan Seni Budaya JKKN selain pernah berkhidmat di Istana Budaya sebagai Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam pada 2002 hingga 2011.

Bercakap kepada Bernama, Zubaidah yang memulakan tugasnya hari ini berhasrat memperluaskan kerjasama dengan pelbagai tenaga kerja daripada produksi lain bagi memperkukuh industri seni dan budaya negara menerusi pertukaran kepakaran dan pandangan. 

"Misalnya, kita boleh bekerjasama dengan MPO (Orkestra Filharmonik Malaysia), orkestra Dewan Bandaraya Kuala  Lumpur dan orkestra RTM dengan menganjurkan festival orkestra di Istana Budaya.

"Pada saya tiada rival (persaingan) dalam industri kerana industri ini pun kecil, sebaliknya kita kena saling melengkapi," katanya.  

Zubaidah turut bercadang menubuhkan Persatuan Seni Persembahan yang melibatkan penyedia tempat persembahan seluruh negara diterajui pihaknya. 

Dalam pada itu, Zubaidah juga berharap menerusi proses penggantian dan baik pulih bumbung Istana Budaya yang dijangka bermula pertengahan tahun depan mampu meningkatkan imej pentas berprestij itu di mata dunia.

"Bangunan ini telah berusia lebih 20 tahun dan tentunya tampak usang, jadi proses renovasi merupakan bahagian penting bagi memastikan Istana Budaya tampak gah semula," katanya sambil menambah pusat tersebut dijangka ditutup untuk satu tempoh ditetapkan bagi tujuan penyelenggaraan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Abdul Rashid Komited Terus Tabur Bakti Kepada MSN

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mohd Amran Dilantik Ketua Pengarah JKSM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...