web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Jaya Ram' Suntik Semangat Bumi, Unsur Rakyat Kembali Ke Dalam Tradisi Klasik Odissi - Ramli Ibrahim

‘Jaya Ram’ adalah  produksi Odissi terbesar tahun ini yang akan dipentaskan oleh Yayasan Sutra, dengan barisan penari terbaik dalam bidang muzik klasikal India.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 1:15PM

'Jaya Ram' dipentas mulai semalam sehingga 25 September ini di KLPAC - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai meraikan perhubungan diplomatik yang ke-65 antara Malaysia dan India, Produksi Odisi Yayasan Sutra bakal menampilkan genre tradisional dari segi muzik dan pergerakan tarian bertajuk 'Jaya Ram'.

Ia merupakan produksi Odissi terbesar tahun ini yang dipentaskan oleh Yayasan Sutra dan ia telah membuka tirai persembahan pada malam semalam di Pentas 1, Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).

Gambar Abdul Razak Latif
Gambar Abdul Razak Latif

Pertunjukan teater klasik India itu yang akan berlangsung sehingga 25 September ini, adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh penari Odisha Guru Gajendra Kumar Panda bersama pengasas Sutra, Datuk Ramli Ibrahim di Odisha, India, iaitu tempat kelahiran Odissi.

‘Jaya Ram’ juga merupakan kesinambungan hubungan kuat antara Sutra dengan daerah Ganjam di Odisha, di mana Sutra sebelum ini telah menerbitkan produksinya yang paling berjaya iaitu Ganjam pada 2015.

Ramli Ibrahim - Gambar Abdul Razak Latif
Ramli Ibrahim - Gambar Abdul Razak Latif

Menurut Ramli, ’Jaya Ram’ menyuntik semangat bumi dan mengembalikan unsur-unsur rakyat ke dalam tradisi klasik Odissi.

''Ia merupakan surat cinta Sutra kepada dunia dan saya berharap peminat seni di Malaysia dapat menyokong produksi ini yang bakal mencipta sejarah,” kata Ramli.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat perbezaan utama antara ‘Jaya Ram’ dan ‘Ganjam’.

“Walaupun Ganjam adalah yang pertama diilhamkan oleh naratif yang lebih spesifik (The Ramayana), namun ‘Jaya Ram’  mengambil inspirasi daripada banyak genre rakyat lain dari Odisha Selatan seperti Prahlad Natakam, Sakhi Nata, Daskathia dan lain-lain,” katanya. 

Ramli turut memberitahu, selepas Malaysia, pihaknya bercadang membawa  'Jaya Ram’ ke India dan Singapura. 

Pemuzik dan penari ini merupakan mereka yang terbaik dalam bidang muzik klasikal India. - Gambar Abdul Razak Latif
Pemuzik dan penari ini merupakan mereka yang terbaik dalam bidang muzik klasikal India. - Gambar Abdul Razak Latif

Produksi Odissi tersebut bakal menampilkan genre tradisional dari segi muzik dan pergerakan tarian dalam penceritaan kisah Rama Natakam serta Ram Leela, sekali gus memperkayakan lagi repertoir Dewa Rama, protagonis dari hikayat Ramayana yang telah wujud sejak beribu tahun. 

Selain itu, pemuzik yang akan mengiringi penari-penari ini juga merupakan mereka yang terbaik dalam bidang muzik klasikal India.

Gambar Abdul Razak Latif
Gambar Abdul Razak Latif

Berbagai aspek lain seperti komposisi muzik, libretto dan rekaan kostum juga telah diserahkan kepada pakar-pakar dalam bidang masing-masing bertujuan meningkatkan lagi kualiti produksi ini.

Persembahan selama 80 minit tersebut adalah sesuai untuk penonton berumur lima tahun ke atas sahaja. Terdapat sesi rehat selama 15 minit di pertengahan persembahan.

‘Jaya Ram’ akan dipersembahkan di Pentas 1 KLPAC mulai 21 September (Malam Gala), sehingga 25  September ini. Tiket-tiket berharga dari RM34 sehingga RM104, boleh dibeli secara dalam talian di https://www.cloudtix.co.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh  lawati www.facebook.com/sutrafoundation dan ikuti @sutradancetheatre di Instagram. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN