web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahasiswa Jepun Teruja Kenali Budaya Malaysia

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 6:00PM

Seramai 13 mahasiswa jurusan Bahasa Melayu dari TUFS Jepun teruja menerokai budaya Malaysia sempena Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Antarabangsa ketika kunjungan ke Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di Larkin hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Peluang keemasan untuk menerokai sendiri kepelbagaian budaya di samping menikmati keenakan makanan negara ini, dimanfaatkan sepenuhnya oleh 13 mahasiswa dari Jepun dalam kunjungan mereka bersempena sambutan Hari Malaysia.

Mereka yang merupakan pelajar jurusan Bahasa Melayu dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) Jepun, akan berada di Malaysia selama 18 hari dan tiba di Johor sejak 12 September lepas hingga Ahad ini sempena sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Antarabangsa.

Reon Shimizu, 20, yang diberi gelaran Ramly kerana mengagumi seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, berkata dia kagum dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung penuh meriah serta berwarna-warni, meskipun dia hanya menyaksikannya menerusi dalam talian.

“Di Jepun ada Hari Kemerdekaan tetapi tidak sama di Malaysia yang sambutannya ibarat pesta, penuh warna-warni dengan perarakan dan persembahan.

“Menerusi sambutan itu, sedikit sebanyak saya dan pelajar lain dapat kenal cara negara lain menyambut Hari Kebangsaan,” katanya kepada pemberita pada sambutan Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Antarabangsa di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di sini hari ini.

Ditanya apa yang mendorongnya memilih belajar bahasa Melayu, Shimizu berkata dia memang suka budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan boleh hidup bersama dengan harmoni, selain turut menyukai makanan di sini terutama ayam goreng.

Pelajar semester satu, Wakana Kato, 20, yang mesra dipanggil Wan Ana pula berkata kepelbagaian tarian tradisional di setiap negeri di negara ini menjadi antara faktor yang menarik minatnya mempelajari bahasa Melayu sekali gus berkunjung ke negara ini.

“Bahasa Melayu digunakan dengan meluas di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura, Borneo, jadi saya fikir kalau belajar bahasa Melayu saya boleh berkomunikasi dengan orang Asia dengan lebih mudah.

“Saya juga minat dengan pelbagai tarian di negara ini seperti tarian Sarawak yang menggunakan buluh dan saya dapati setiap negeri ada tariannya tersendiri.

“Paling saya suka persembahan kebudayaan tarian satu Malaysia melibatkan bangsa Melayu, India dan Cina dengan iringan alat muzik seperti kompang dan gamelan, memori yang tidak akan saya lupakan kerana ia sangat unik dan seronok,” kata Kato yang berasal dari wilayah Tochigi.

Bagi Ichika Hiramatsu, 20, pula kesempatan yang diberi kepadanya untuk mendeklamasikan sajak berbahasa Melayu bertajuk ‘Pesanan Ibu’ pada program itu, membuatkan dia tambah bersemangat untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih fasih.

“Saya hendak kenali Malaysia yang ada banyak budaya yang sangat menarik dan walaupun bahasa Melayu susah tapi saya gembira dapat  mempelajarinya. Macam sajak tadi, saya berlatih kira-kira setahun lima bulan,” katanya.

Hiramitsu berkata ini merupakan kunjungan pertamanya ke Malaysia dan berpeluang melawat ke beberapa negeri seperti Sarawak, Perak, Melaka dan Johor serta pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya, sekali gus membuatkannya kagum dengan kecantikan serta kepelbagaian yang ada.

“Paling saya suka adalah makanannya terutama nasi lemak, roti canai, sate dan banyak lagi, sangat sedap. Saya akan datang lagi dengan keluarga saya pula,” katanya yang mesra dipanggil Idaya.

Ketika sambutan di MARSAH hari ini, kesemua pelajar Jepun yang fasih berbahasa Melayu itu, berpeluang mempelajari adat dan budaya Melayu selain sempat memperagakan pakaian tradisional serta menyertai persembahan syair dan sajak di samping mewarna lukisan khat dalam tulisan Jawi.

Sementara itu, Rektor MARSAH Dr Hussin Salamon berkata program anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) itu dilihat penting dalam mendedahkan pelajar kolej berkenaan dalam memahami kepentingan mempelajari bahasa asing.

Selain itu, menurutnya pelajar juga berpeluang bertukar pengalaman dan ilmu pengetahuan serta mengeratkan silaturahim dengan pelajar negara luar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

3

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu