web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keretapi Sarong Kembali, Semarak Sambutan Hari Malaysia 2022

Persembahan akan bermula serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 6:07PM

Program 'flash mob' Keretapi Sarong 2022 kini kembali setelah dua tahun tergendala susulan penularan COVID-19 bagi meyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini bertema 'Retro Kuala Lumpur - Gambar Bernama'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2022 kini kembali bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini dengan tema 'Retro Kuala Lumpur', selepas dua tahun tergendala susulan penularan COVID-19.

Pengarah program itu, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata persembahan akan bermula serentak di tujuh stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan. 

Beliau berkata stesen terlibat adalah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang. 

"Pada tahun ini, kita menambah beberapa lagi stesen permulaan iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad( KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

"Stesen Sentral Kuala Lumpur menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing," katanya pada majlis prapelancaran program itu di sini hari ini.

Shamsul Bahrin berkata program itu buat pertama kalinya juga akan berlangsung serentak di Ipoh, Perak yang dijangka diadakan di Stesen KTMB Ipoh dengan kerjasama Kelab Sosial Ipoh.

Beliau berkata pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 5,000 orang susulan pertambahan rangkaian stesen tren sebagai stesen permulaan. 

Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 yang melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

Pada tahun ini program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawah kementerian itu iaitu KTMB, Prasarana Berhad, MRT Corporation, ERL dan Malaysia Airports Holdings Berhad. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu