Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perarakan Emas Bawa Mumia Firaun Ke Tempat Persemadian Baru

Sebuah perarakan unik telah diadakan di Kaherah hujung minggu lalu. Perpindahan 22 mumia ke tempat persemadian baru telah disaksikan secara langsung seluruh Mesir.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 5:30PM

Gambar: Khaled DESOUKI / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah perarakan kereta-kereta berhias khas membawa mumia 22 firaun, termasuklah ratu paling berkuasa Mesir Purba telah diadakan baru-baru ini di Kaherah, Mesir. Ia diadakan untuk membawa mumia-mumia ini ke tempat persemadian baru mereka.

Di bawah kawalan yang cukup ketat, mumia-mumia ini dibawa dengan kereta-kereta berhias khas sejauh tujuh kilometer merentas ibu kota Kaherah dari Muzium Mesir yang cukup ikonik ke Muzium Nasional Peradaban Mesir yang baru.

Digelar ‘Perarakan Emas Firaun’, 18 raja dan empat ratu diarak dengan bergaya, setiap satunya dalam kenderaan yang berasingan dan didahului oleh mumia yang paling tua. Setiap kenderaan dihiasi dengan gaya Mesir Purba.

Para pejalan kaki dan kenderaan dilarang masuk dari Kawasan Dataran Tahrir, lokasi muzium sekarang dan sepanjang laluan perarakan itu.

Perarakan yang dirancang rapi, lengkap dengan upacara pembukaan yang ditata sempurna ditayangkan secara langsung melalui siaran televisyen nasional.

Gambar: Khaled DESOUKI / AFP
Gambar: Khaled DESOUKI / AFP

Mumia-mumia itu memasuki perkarangan muzium baru disambut tembakan 21-das selepas perjalanan singkat 30 minit.

“Perarakan hebat ini menjadi bukti kemegahan, sebuah ketamadunan yang unik merentas garis masa dan peradaban,” kata Presiden Abdel Fattah al-Sisi sebelum perarakan.

Seqenenre Tao II, ‘Yang Berani,’ pemerintah Mesir Selatan 1,600 tahun sebelum masihi berada dalam kereta berhias pertama, sementara Ramses IX, yang memerintah pada abad ke-12 sebelum Masihi berada dalam kereta terakhir.

Pahlawan agung, Ramses II yang memerintah selama 67 tahun dan Ratu Hatshepsut, firaun wanita paling berkuasa, turut ada dalam prosesi singkat tersebut.

Kereta berhias berwarna hitam dengan kemasan emas dipasang dengan penyerap kejutan (shock absorber) khas untuk perjalanan ini demi memastikan ‘penumpang-penumpang’ istimewanya tidak diganggu keadaan jalan yang tidak rata.

Sumpahan Firaun

Muzium Nasional Peradaban Mesir telah membuka pintunya untuk pameran terhad sejak tahun 2017. Ia dibuka sepenuhnya sejak Ahad lalu dan mumia-mumia ini akan dipamerkan untuk tatapan umum dua minggu lagi.

Dalam beberapa bulan mendatang, negara ini akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi ruang pameran hebat iaitu Muzium Mesir Agung yang terletak berdekatan dengan piramid Giza.

Kawasan pameran di Muzium Nasional Peradaban Mesir yang baru. Gambar: Mahmoud KHALED / AFP
Kawasan pameran di Muzium Nasional Peradaban Mesir yang baru. Gambar: Mahmoud KHALED / AFP

Ia juga akan menempatkan pelbagai koleksi berkaitan dengan firaun, termasuklah harta-harta Tutankhamun.

Ditemui pada tahun 1922, pusara pemerintah muda yang menduduki takhta pada abad ke- 14 sebelum masihi itu mengandungi pelbagai jenis harta, termasuk emas dan gading.

Selepas penemuan itu, timbul berita ‘Sumpahan Firaun’ pada sekitar tahun 1922-23.

Penaung ekskavasi itu, Lord Carnavon, meninggal dunia akibat keracunan darah beberapa bulan selepas pusara itu dibuka dan seorang lagi pelawat tapak paling awal meninggal secara mengejut pada tahun 1923.

Kawasan pameran di Muzium Nasional Peradaban Mesir yang baru. Gambar: Mahmoud KHALED / AFP
Kawasan pameran di Muzium Nasional Peradaban Mesir yang baru. Gambar: Mahmoud KHALED / AFP

Beberapa hari sebelum perarakan emas diadakan, beberapa kecelakaan kecil telah melanda Mesir dan warganet dengan pantas membuat spekulasi ia adalah kewujudan semula sumpahan firaun yang muncul disebabkan perpindahan ini.

Negara itu digemparkan dengan perlanggaran keretapi serta bangunan runtuh di Kaherah. Ada juga berita tentang kapal gergasi MV Ever Given yang tersekat di Terusan Suez.

Penempatan semula mumia-mumia ini menandakan berakhirnya usaha yang telah berjalan sekian lama untuk memperhalusi proses pemuliharaan dan pameran mumia,” kata Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO yang berada di Kaherah untuk pameran ini.

“Ia bukan sahaja pemindahan sebuah koleksi, tetapi kita juga dapat menyaksikan seluruh peradaban Mesir purba bagai terbentang di hadapan mata.” – AFP

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 7 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21