web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silat Main Peranan Besar, Pastikan Budaya Melayu Terus Diwarisi Di Peringkat Sejagat - PM

Seni silat terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu ahlinya dari benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 2:08PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan) bergambar bersama pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Ayer Keroh semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni silat memainkan peranan yang besar dalam memastikan budaya Melayu terkenal dan diwarisi di peringkat sejagat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata seni silat juga terbukti mampu menjadi jambatan budaya Melayu Nusantara dengan dunia luar melalui ratusan ribu ahlinya dari benua Eropah, Asia Tengah, Asia Timur dan Afrika.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata budaya persilatan yang sudah lama bertapak perlu dikekalkan agar dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

"Kita patut berbangga kerana dunia persilatan Melayu telah menyaksikan pelbagai pencapaian dan kejayaan malah telah diiktiraf sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

"Terbaharu, Pesaka (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) dan Jabatan Warisan Negara berjaya menyenaraikan silat sebagai Warisan Tidak Ketara Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), satu lagi pengiktirafan tertinggi buat Malaysia," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 Tahun 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) yang juga Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Lebih 500 peserta dari 40 negara mengambil bahagian pada edisi kejuaraan ke-19 yang berlangsung selama enam hari sejak Selasa lepas hingga semalam.

Perdana Menteri turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada Pesaka bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh anak-anak silat dan membantu persekutuan itu mengembangkan seni silat di persada dunia.

“Silat kini berkembang luas bukan hanya di rantau ini tetapi juga negara-negara lain di dunia yang tidak berkongsi budaya dan adat resam yang sama.

“Saya berharap seni silat akan terus dipraktikkan oleh generasi masa kini dan akan datang supaya ia kekal dimartabatkan serta terus relevan sepanjang masa,” katanya.

Ismail Sabri berkata penganjuran kejuaraan silat di bumi bersejarah ini amat signifikan memandangkan Melaka kaya dengan peristiwa penting berkait dengan pahlawan Melayu yang tersohor, berjuang demi mempertahankan agama dan tanah air terutama ketika zaman Kesultanan Melaka.

"Penganjuran kali ini adalah satu penghormatan besar kepada negara sebagai tuan rumah kepada lebih 40 negara yang mengambil bahagian dalam kejuaraan ini.

"Malaysia berbangga dan berbesar hati kerana dapat menganjurkan pertandingan sukan bertaraf dunia dan berharap lebih banyak lagi acara sukan berprestij seumpama ini dapat dianjurkan,” katanya.

Perdana Menteri turut memuji impak filem Mat Kilau yang ditayangkan di pawagam ketika ini.

"Saya percaya ramai yang telah menonton filem ini yang diinspirasikan daripada perjuangan dan keberanian pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam menentang penjajahan.

“Impak filem itu begitu luar biasa, bukan hanya mencatat kutipan sehingga RM90 juta hanya dalam tempoh 33 hari ditayangkan malah kepada persatuan silat apabila menerima banyak ahli baharu yang berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri ini.

"Ini jelas menunjukkan pengaruh silat yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan dan adab Orang Melayu memberi impak kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk mengenalinya secara mendalam," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan SEA: Gandingan Pesilat Kembar Raih Emas Pada Penampilan Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN