web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perayaan ‘Kirab Pusaka', Acara 'Kebo Bule’ Kembali Mewarnai Solo

Kirab Pusaka merupakan rangkaian acara rutin masyarakat di Solo, Indonesia, termasuk perarakan 'Kebo Bule' sempena memperingati Awal Muharam.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 4:35PM

Sambutan acara tradisi masyarakat Jawa 'Kirab Pusaka' sempena tahun baharu Jawa 1 Suro, menghiasi kota Solo, Indonesia - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan acara tradisi masyarakat Jawa 'Kirab Pusaka' sempena tahun baharu Jawa 1 Suro, menghiasi kota ini dengan kehadiran puluhan ribu masyarakat.

Kirab Pusaka merupakan rangkaian acara rutin masyarakat di Solo, Indonesia, termasuk perarakan 'Kebo Bule' sempena memperingati Awal Muharam yang menjadi hari pertama kalendar Islam atau 1 Suro. 

Sambutan dimulakan dengan perarakan yang bermula tepat pada 12 tengah malam (1 pagi waktu Malaysia) selepas beberapa upacara ritual dilakukan di Keraton (Istana) Surakarta - Gambar Bernama
Sambutan dimulakan dengan perarakan yang bermula tepat pada 12 tengah malam (1 pagi waktu Malaysia) selepas beberapa upacara ritual dilakukan di Keraton (Istana) Surakarta - Gambar Bernama

Kirab Pusaka, bermaksud perarakan beramai-ramai secara tersusun, kembali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan susulan penularan virus COVID-19.

Sambutan dimulakan dengan perarakan yang bermula tepat pada 12 tengah malam (1 pagi waktu Malaysia) selepas beberapa upacara ritual dilakukan di Keraton (Istana) Surakarta.

 'Kebo Bule', kerbau yang berkulit putih kemerah-merahan milik istana yang merupakan haiwan kesayangan pihak istana - Gambar Bernama
'Kebo Bule', kerbau yang berkulit putih kemerah-merahan milik istana yang merupakan haiwan kesayangan pihak istana - Gambar Bernama

Perarakan lebih kurang sepanjang 6 km itu didahului oleh empat ekor 'Kebo Bule' iaitu kerbau yang berkulit putih kemerah-merahan milik istana yang merupakan haiwan kesayangan pihak istana.

Ratusan kerabat dan pegawai istana berarak sambil memegang tombak (yang dikenali sebagai pusaka) dan obor api mengelilingi bandar Surakarta disaksikan ribuan masyarakat termasuk dari Surabaya yang membanjiri Keraton dan laluan perarakan.

Ratusan kerabat dan pegawai istana berarak sambil memegang tombak (yang dikenali sebagai pusaka) dan obor api mengelilingi bandar Surakarta - Gambar Bernama
Ratusan kerabat dan pegawai istana berarak sambil memegang tombak (yang dikenali sebagai pusaka) dan obor api mengelilingi bandar Surakarta - Gambar Bernama

Acara ini adalah adat turun-temurun kebudayaan di Surakarta, Jawa Tengah atau lebih dikenali sebagai Solo, yang juga tempat kelahiran Presiden Indonesia Joko Widodo. 

Solo menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 bermula semalam hingga 6 Ogos. Upacara perasmian dijadualkan pada 7 malam semalam. - Bernama

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN