web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Pentarama Teruja Terlibat Persembahan Bulan Kebangsaan

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 6:13PM

Sebahagian daripada 11 penari JaPen ketika sesi latihan sebagai persediaan bagi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya, Sabtu ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Baru menyertai Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) lima bulan lepas, pelbagai rasa sedang bersarang di hati Hazreen Amreena Haslan yang diberi kepercayaan membuat persembahan nyanyian di pentas utama sempena majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.

Gadis berkelulusan Persembahan Nyanyian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bakal mendendangkan dua lagu secara solo iaitu I'm Alive yang dipopularkan penyanyi luar negara Celine Dion dan Alam Seni yang dipopularkan Fatimah M. Amin.

Hazreen juga akan terlibat dalam persembahan duet bersama artis Pentarama JaPen lain untuk lagu Berdiri Bulu Romaku dendangan Hetty Koes Endang, Casablanca (Nuha Bahrin dan Naufal Azrin) serta lagu patriotik Keluarga Malaysia.

“Saya rasa gembira dan teruja namun sedikit gementar sebab mendapat peluang keemasan ini. Peluang ini menuntut fokus sepenuhnya dan saya perlu pastikan yang terbaik," kata anak kelahiran Gombak, Selangor berusia 25 tahun itu.

Persembahan artis Pentarama akan diadakan selepas ketibaan peserta Berjalan Teguh Bersama yang berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer dari Dataran Putra ke Istana Kehakiman, diikuti dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain membuat persembahan lagu-lagu popular penyanyi terkenal, barisan artis  Pentarama akan turut mempersembahkan dua lagu patriotik iaitu Demi Negara yang liriknya ditulis kakitangan JaPen Mohd Hafiz Shahaini serta lagu Keluarga Malaysia, dengan diiringi pemuzik Pentarama.

Berkongsi perasaan sama, Abdul Hazim Abdul Sah berkata walaupun masih kepenatan selepas selesai membuat persembahan untuk Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kelantan, beliau tekad melakukan persembahan terbaik pada Sabtu ini.

Pemuda berusia 30 tahun itu, yang aktif membuat persembahan nyanyian jalanan (busking) sebelum menjadi artis Pentarama pada Februari lepas, akan terlibat dalam persembahan nyanyian untuk tiga lagu iaitu Gemuruh, Patriot dan Potret.

Penerbit Rancangan Pentarama Muhammad Suwandi Paiman berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang diberikan barisan artis Pentarama,  yang ketika ini telah mencapai tahap lebih 90 peratus dari segi persediaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 9 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...