web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persembahan Teater 'Titih' Angkat Semula Seni Awang Batil

Pertubuhan Kesenian Sanggar Pujangga Negeri Perlis akan mementaskan teater bertajuk ‘Titih’ pada malam esok bagi mengajak orang ramai khususnya golongan muda mengenali warisan seni Awang Batil.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 2:03PM

Warisan seni Awang Batil yang semakin dilupakan oleh generasi muda hari ini - Gambar Hiasan laman web pemetaanbudaya.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertubuhan Kesenian Sanggar Pujangga Negeri Perlis akan mementaskan teater bertajuk ‘Titih’ pada malam esok bagi mengajak orang ramai khususnya golongan muda mengenali warisan seni Awang Batil.

Pengarah teater tersebut Aninda Nurtedja Lan Andika berkata kumpulan teater Pujangga memilih untuk mementaskan teater hasil karya Aina Nabila Ahmad itu sebagai projek sulungnya kerana ia dekat dengan masyarakat di negeri ini.

“Ini adalah satu daripada usaha kami (Pertubuhan Kesenian Sanggar Pujangga Negeri Perlis) memperjungkan warisan seni Awang Batil yang semakin dilupakan oleh generasi muda hari ini, diharapnya ia dapat menarik kembali minat orang ramai terhadap warisan ini,” katanya kepada Bernama ketika melakukan latihan pementasan teater ‘Titih” di  Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)  Negeri Perlis malam tadi.

Aninda Nurtedja berkata teater tersebut mengisahkan tentang penggiat seni Awang Batil bernama Pak Non yang berharap agar seni itu diwarisi oleh anak sulungnya, namun anaknya tidak bersetuju kerana merasa malu untuk menggalas tugas yang dianggap ‘kerja kampung’ itu.

Katanya, Mohd Sani Malik akan membawa watak utama sebagai Pak Non dibantu oleh Ikbar Arif Yaacob yang membawa watak Shuib iaitu anak kepada Pak Non, beliau sendiri sebagai Mak Teh (isteri Pak Non), Muhamaad Shahrul Azrul Muhamaad Syukor sebagai Mat Eil (anak Pak Non yang kurang upaya) dan Saipil  Bahari memegang watak Pak Selamat (kawan Pak Non).

Aninda Nurtedja berkata ini merupakan pertama kali beliau menjadi pengarah teater dan beliau serta 15 pelakon dan kru membuat persediaan rapi sejak empat bulan lepas bagi mementaskan naskhah berdurasi sejam yang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada JKKN Negeri Perlis itu.

“Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan teater ‘Titih’ secara percuma yang akan dipentaskan pada 8.45 malam esok di Auditorium JKKN Negeri Perlis,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kesenian Sanggar Pujangga Negeri Perlis Harfaizal Fuaad berkata walaupun baru ditubuhkan pada Oktober tahun lepas, persatuan itu akan berusaha merancakkan semula persembahan teater di negeri ini.

“Satu ketika dahulu persembahan teater di Perlis agak terkenal dan saya harap dapat kembalikan semula keceriaan dahulu yang merupakan hajat pelawak terkenal Allahyarham Yussry Edoo atau lebih kenali sebagai Yus Jambu yang juga seorang daripada penggiat teater di negeri ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN