web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penulis Buku Kongsi Panduan Bina Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Setiap kanak-kanak mempunyai kisah unik yang hendak diceritakan, dan para ibu bapa perlu membantu mereka dengan sokongan kata-kata.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 8:48AM

Persembahan luncur ais di Sharjah Children’s Reading Festival (SCRF 2022). Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Para ibu bapa perlu turut memainkan peranan membantu usaha menangani isu keresahan (anxiety) dalam kalangan kanak-kanak, sama ada semasa di hadapan dengan orang ramai, para hadirin, mahupun semasa berada di hadapan kelas.

Ia merupakan beberapa panduan yang dikongsi oleh penulis buku berjudul “The Wonderful World of Worried William” dari Ireland, Liam Kelly, yang mempunyai pelbagai petua bagi mengatasi rasa resah dalam kalangan kanak-kanak di samping membina keyakinan diri mereka.

Beliau berkata setiap kanak-kanak mempunyai kisah unik yang hendak diceritakan, dan para ibu bapa perlu membantu mereka dengan sokongan kata-kata.

“Ibu bapa dan golongan dewasa perlu bersikap terbuka kepada mereka (kanak-kanak). Sekiranya para ibu bapa tidak bercakap secara terbuka mengenai pandangan atau perasaan mereka, anak-anak juga tidak akan berbuat demikian,”  katanya semasa beucap mengenai isu “The World of Anxiety” di program kebudayaan Sharjah Children’s Reading Festival (SCRF 2022) di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu.

Menurutnya jika kanak-kanak itu tidak menyuarakan keresahan atau kebimbangannya sekalipun, renungan mata mereka tidak akan dapat menafikannya.

Guru yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mengaku bahawa beliau pernah melalui detik-detik keresahan melampau yang tidak terkawal, sehingga menganggu pelajarannya kerana beliau sentiasa bimbang untuk mendapat keputusan 100 peratus tepat.

Kelly yang menerbitkan buku pertamanya pada usia 37 tahun, kemudian menceritakan pengalaman sendiri yang dilalui semasa di bangku sekolah apabila gurunya memanggilnya ke hadapan kelas dan memintanya menyebut perkataan "look", dan beliau terus tergagap-gagap.

Pada program itu beliau turut memberikan tunjuk ajar menerusi pengalaman semasa di zaman kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan menajamkan perbendaharaan kata bagi menulis buku.

Sementara itu dalam sesi berasingan, pelakon dan pelawak Mesir, Mohamed Henedy berkata zaman kanak-kanak memerlukan asuhan yang istimewa, dengan kebebasan memainkan peranan penting dalam membina keperibadian kanak-kanak dan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi memastikan mereka mendapat didikan yang sihat.

"Saya menghormati generasi muda dan melihat mereka sebagai penunjuk kejayaan karya komedi saya, walaupun kandungannya ditujukan kepada orang dewasa," katanya dalam sesi bertajuk 'Super Henedy' yang dikendalikan oleh pengarang dan penyair Sheikha Al Mutairi.

Mohamed Henedy turut berkongsi bahawa hasil kerja-kerjanya, bermula daripada pembabitan dengan produksi Disney sehingga pembikinan siri dan filem sendiri, direka untuk membina pengetahuan dan kemahiran golongan kanak-kanak.

Beliau berkata hasil seninya menyampaikan mesej penting mengenai nilai dan moral dengan cara yang menyeronokkan.

Dianjurkan oleh Sharjah Book Authority (SBA), SCRF dengan tema 'Create Creativity', festival itu menampilkan aktiviti pendidikan dan hiburan serta seminar intelektual dan kebudayaan.

Tahun ini festival itu menawarkan lebih 1,900 aktiviti, termasuk 1,140 aktiviti kanak-kanak, 120 aktiviti kebudayaan dan 130 persembahan artistik serta produksi teater. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN