web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penduduk Berarak Guna Lori Berhias Alun Takbir Raya

Idea untuk mengadakan perarakan yang dinamakan Program Malam Gema Takbir itu tercetus bagi menarik anak-anak muda daripada berhimpun atau melepak di kampung pada malam raya.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 2:50PM

Penduduk Kampung Sungai Tiram gembira bermain bunga api bersama anak mereka ketika menaiki lori yang dihias menyerupai masjid. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penduduk Kampung Sungai Tiram di sini bakal mencipta kelainan tersendiri dalam mengalunkan takbir Hari Raya Aidilfitri pada malam terakhir Ramadan nanti, dengan berarak menaiki lori berhias berkonsepkan reka bentuk masjid.

Pengasasnya Saiful Abdul Rashid, 67, berkata idea untuk mengadakan perarakan yang dinamakan Program Malam Gema Takbir itu tercetus bagi menarik anak-anak muda daripada berhimpun atau melepak di kampung pada malam raya.

Beliau berkata program tradisi yang diadakan sejak 1997 tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan penduduk sanggup menanti di hadapan rumah dan tepi jalan raya untuk menyaksikan perarakan yang dilimpahi pelbagai cahaya berwarna-warni itu.

"Pada awalnya kita bermula dengan hanya sebuah lori dan menggunakan lampu kalimantang yang digantung, selepas itu, pada tahun berikutnya, barulah ada ilham supaya lori dihias dan ia diteruskan tahun demi tahun," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, program pada tahun ini pastinya lebih meriah kerana sebanyak lima lori akan digunakan untuk perarakan yang akan membabitkan jarak sejauh 10 kilometer.

Saiful berkata setiap lori memerlukan tenaga kira-kira 10 orang untuk menyiapkan hiasan yang menggunakan bahan seperti kayu sebelum ditambah dengan pelbagai dekorasi dan cahaya. 

"Kita giat membuat persiapan sejak pertengahan Ramadan ini dan tentunya program ini akan lebih meriah kerana orang ramai dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini," katanya. 

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Fauzi Faizal berkata usaha penduduk kampung yang mengekalkan tradisi itu sehingga kini perlu diberikan pujian dan ia juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan di negeri ini berdasarkan keunikannya.

Beliau turut bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K.Raven Kumar bagi memasukkan program berkenaan dalam kalendar pelancongan Johor.

"Saya fikir di Johor, kampung ini satu daripada kampung yang menganjurkan program seumpama ini dan ia konsisten sejak lebih 20 tahun lepas, jadi saya fikir ia layak dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus menarik pelancong ke sini," katanya. - Bernama

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lelaki Nyaris Maut, Tayar Lori Diperiksa Tiba-Tiba Meletup

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sudahlah Lebih Muatan, Lori Pula Dipandu Laju

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Kena Heret Tu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN