web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Makin Laku! Umar Uzair Bakal Buat Persembahan Di Australia Pula

Rezeki berpihak kepadanya tahun ini apabila diundang membuat persembahan bersama-sama penyanyi  Azharina di Melbourne, Australia. 

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 9:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika tahun lalu penyanyi Umar Uzair hanya diundang membuat persembahan di dua lokasi sahaja, rezeki Ramadan kali ini, dia diundang untuk membuat persembahan di enam lokasi berbeza. Kemuncaknya apabila dia bakal terbang ke Australia untuk membuat persembahan di sana.

Sering membawakan lagu-lagu bertemakan kerohanian, jejaka yang disapa sebagai Uzair menerusi program ‘Kembara Ramadan Umar Uzair Bersama…’ sering menjadi buruan di bulan Ramadan terutamanya di majlis buka puasa.

“Seperti pada edisi pertama tahun lalu, selama lebih sejam Umar Uzair akan mempersembahkan rangkaian lagu-lagu istimewa yang menenangkan serta terbahagi kepada dua sesi iaitu setengah jam sebelum berbuka puasa dan setengah jam selepas berbuka puasa.

“Ia juga sebagai usaha merancakkan aktiviti seni Uzair,” katanya menerusi satu siaran akhbar. 

Jika pada tahun lalu kembara yang dianjurkan Meja Poedjangga Ent ini hanya dibawa ke dua lokasi, tahun ini Uzair bakal mengembara ke empat lokasi seluruh negara bersama konsep tersendiri.

Ia dimulakan dengan 'Iftar@ KL 2022' di Dataran Merdeka pada 16 April diikuti 'Sembang @ Matic di Pusat Pelancongan Malaysia', KL pada 17 April. 'Bazar Ramadan The Coffee House' di Impiana Hotel Ipoh menyusul pada 19 dan 20 April di TROVE Hotel Johor Baharu.

'Dari Dapur Bonda' pada 22 dan 23 April sebelum tirai kembara berakhir di Toppen Johor Baharu pada 24 April.

Rezeki berpihak kepadanya tahun ini apabila diundang membuat persembahan bersama-sama penyanyi  Azharina di Melbourne, Australia.

Persembahan yang diberi nama 'Dari Jauh Ku Pohon Kemaafan' itu bakal diadakan pada Syawal ke lima dan dianjurkan oleh perantau di Australia.

Bakal mendendangkan rangkaian lagu raya dan single sendiri, Uziar berasa teruja dan tidak sabar untuk ke sana.

“Saya berasa amat terharu dengan undangan yang membahagiakan ini dan berharap persembahan itu akan dapat dijayakan dengan lancar,” katanya lagi.

Terkini, Uzair berhasrat untuk menghasilkan sebuah single terbaharu dan duet bersama-sama Azharina pada masa akan datang. - Getaran, 21 April 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Sukan 2 tahun yang lalu

The Pocket Rocketman Nyatakan Hasrat Mahu Velodrom Asas Di Seluruh Negara

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN