web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Riuh Keluarga Malaysia Bantu Jana Pendapatan Penggiat Seni Dan Industri Kreatif

Awalnya, program RIUH hanya berpusat di Lembah Klang, namun tahun ini penganjuran program itu akan diadakan di seluruh negara.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 4:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran program RIUH Keluarga Malaysia merupakan serampang dua mata bagi membantu penggiat seni dan industri kreatif menjana pendapatan dan sebagai ‘pengubat jiwa’ untuk rakyat yang terkesan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mastura Ahmad Mustafa berkata ia juga bertujuan mengetengahkan hasil-hasil karya dan aktiviti dijalankan para penggiat seni dan industri kreatif.

Jelasnya, pada awalnya program RIUH berkenaan hanya berpusat di Lembah Klang, namun tahun ini penganjuran program itu akan diadakan di seluruh negara, hasil cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dengan Ayer Hitam, Johor, sebagai lokasi pertama program.

“Beliau merasakan RIUH ini perlu dibawa ke seluruh negara supaya lebih ramai penggiat seni boleh terlibat dan lebih ramai masyarakat di semua peringkat dapat melibatkan dan mengalami pengalaman RIUH ini di tempat masing-masing.

“Pada masa sama kami ada permohonan daripada penggiat seni di lokaliti tertentu supaya membawa RIUH ini ke tempat mereka supaya lebih ramai penggiat seni di lokasi tersebut dapat mengambil bahagian,” katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia. 

Mastura berkata pemilihan Ayer Hitam sebagai lokasi pertama program RIUH Keluarga Malaysia di peringkat negeri kali ini adalah memandangkan lokasi itu yang terkenal dengan hasil produk seni dan kreatif terutama barangan seramik. 

Jelasnya antara yang menarik di program yang berlangsung di Arena Warna, Ayer Hitam bermula semalam hingga esok itu ialah penjualan barangan kreatif, jualan makanan, persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif, pameran seni serta gerai pop up.

Bagaimanapun Mastura berkata program berkenaan juga dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selaras situasi semasa COVID-19. 

Sebelum ini KKMM menyatakan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan yang terlibat terdiri daripada 12 cabang industri kreatif yang merangkumi muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, reka cipta, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.

Inisiatif ini dijangka akan mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi dan menyokong 2,000 penggiat dan perniagaan tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN