web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zapin Johor Unik Pada Langkah Tarian Dan Alat Muzik

Tarian tradisional yang mempunyai gerak langkah lemah gemalai ini mempunyai keunikan tersendiri sehingga ia menjadi ‘trademark’ kepada negeri Johor.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 11:47AM

Gambar: Yayasan Warisan Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarian zapin begitu sebati dengan identiti Johor sehingga tarian warisan itu menjadi antara kemestian dalam setiap keraian. 

Tarian tradisional yang mempunyai gerak langkah lemah gemalai itu mempunyai keunikan tersendiri sehingga ia menjadi ‘trademark’ kepada negeri di selatan tanah air itu. 

Bermula dengan langkah ‘taksim’ sebagai tanda hormat kepada pemain gambus, diikuti dengan lagu pantun sehingga diakhiri dengan langkah ‘wainab’, setiap gerak tari mempunyai maksud tersendiri yang menjadi keistimewaan zapin Johor. 

Jurulatih tarian zapin Yayasan Warisan Johor (YWJ) Rohayu Mohd Yusoh berkata keunikan zapin Johor yang diwarisi turun-temurun itu tidak boleh dipisahkan dengan alunan muzik tradisional melibatkan instrumen wajib seperti maruas dan gambus yang juga merupakan alatan tradisional Johor. 

Rohayu yang sudah berkhidmat selama 16 tahun di YWJ berkata zapin Johor mempunyai pelbagai jenis tarian di setiap daerah dengan kelincahan dan keindahan gerak tari mempunyai maksud yang tersendiri. 

“Di Johor terdapat pelbagai jenis zapin yang mewakili setiap daerah sebagai contoh kalau di Kampung Pekajang, Johor Bahru kita ada Zapin Pekajang...di Batu Pahat, Zapin Kores dan Tanjung Labuh dan di Mersing Zapin Tenglu dan Tenglu Mak Usu.

“Sekarang kita ada 16 zapin jadi setiap daerah dan jenis zapin ada maksud tersendiri dan itulah keunikan zapin Johor,” katanya ketika ditemui Bernama di Yayasan Warisan Johor di sini. 

Meskipun berdepan arus pemodenan yang menjadikan tarian tradisional ini kian dilupakan masyarakat, pihaknya tidak berputus asa untuk sentiasa perkenalkan tarian zapin Johor ini kepada generasi baharu. 

Beliau memaklumkan, selain membuat pendedahan tarian ini di peringkat sekolah dan memperluaskan di setiap daerah, YWJ juga pada masa sama mengkaji tarian warisan terbabit. 

Seorang penari Mohd Yusof Salleh, 36, yang menganggap zapin sebagai ikon bagi negeri Johor menyifatkan keistimewaan tarian zapin Johor terletak pada gabungan muzik maruas yang hanya digunakan untuk tarian tradisional itu.

Gambar: Yayasan Warisan Johor
Gambar: Yayasan Warisan Johor

“Keunikan tarian ialah muzik iringan alunan maruas yang khas digunakan untuk tarian zapin sahaja, telingkah kopak iaitu paluan maruas di akhir pantun membuatkan tarian zapin menjadi meriah. 

“Dan petikan gambus seolah-olah satu zikir, penari harus mengikut rentak dan langkah yang disusun mengikut alat muzik tersebut menunjukkan keharmonian tarian zapin itu sendiri,” katanya

Sementara itu, penari muda dikenali sebagai Nazatul Atiqah, 23, berkata tarian warisan zapin bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari berbanding tarian moden. 

Bagaimanapun, gadis yang mencintai tarian warisan tersebut dan berpengalaman membawa zapin ke Tokyo, Jepun dan Brunei bercita-cita ingin memperluaskan tarian tradisional itu ke persada dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN