web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kunkwan International Mandarin Training Centre Memeriahkan Tahun Baharu Cina

Sambutan Tahun Baharu Cina dapat menyemarakkan perpaduan antara kaum dan mengajak lebih ramai orang mempelajari bahasa dan budaya bangsa lain. 

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 11:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina dalam menyambut kedatangan tahun baharu mengikut kalendar qamari Cina.

Untuk pengetahuan semua, kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina ini dianggap sebagai titik permulaan dan penentuan nasib dalam menjalani kehidupan mendatang.

Setelah tidak dapat disambut tahun lalu berikutan pandemik COVID-19, baru-baru ini Kunkwan International Mandarin Training Centre, Kuala Lumpur menggunakan kesempatan ini untuk memeriahkan suasana perayaan dengan mengadakan acara tahunan Tahun Baru Cina . 

Datuk Nicole Wong (tengah) hadir memeriahkan acara.
Datuk Nicole Wong (tengah) hadir memeriahkan acara.

Meskipun disambut secara meriah, acara ini mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan virus COVID-19.

Acara berprestij ini telah dirasmikan oleh tetamu terhormat, Datuk Nicole Wong yang merupakan Ketua Pemuda Kebangsaan MCA wanita pertama.

Berkongsi mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Nicole Wong berkata, sambutan ini melambangkan perpaduan pelbagai kaum yang ada di Malaysia.

"Bagi saya, ia selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang sering ditegaskan oleh para pemimpin negara. 

“Justeru itu, saya berharap sambutan tahun ini akan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia serta merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya. 

Sambutan ini turut disertai penyanyi Layla Sania dan Erin Adlina Adnan (Youngest Award-winning Group Agency Manager) sebagai artis jemputan dan tetamu istimewa.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama para tetamu termasuk Calligraphy Art, Chinese Paper Cutting, Wishing Tree dan Yoohoo Dance. Aktiviti-aktiviti tersebut membolehkan tetamu yang hadir merasai sendiri pengalaman unik bermain aktiviti kebudayaan masyarakat Cina secara langsung. 

Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum.
Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum.

Objektif utama acara ini diadakan adalah untuk memastikan semua yang hadir dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada budaya Cina, memupuk hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta menghayati nilai perpaduan. 

Apa yang menarik, Kunkwan telah menerima anugerah Malaysia Book Of Record atas kejayaan penyertaan pelajar terbesar kursus pembelajaran Bahasa Mandarin dalam setahun. 

Keseluruhan idea sambutan ini dilaksanakan dengan baik kerana objektifnya bukan sahaja untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia malah agar lebih terbuka untuk bergaul dengan kaum lain. 

Semoga lebih banyak program seperti ini dapat diadakan untuk memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan mengajak ramai orang mempelajari bahasa dan budaya dengan cara yang lebih menarik. - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Kunkwan International Mandarin Training Centre

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Budaya 22 jam yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

Selepas mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, Yazmin bakal membuat persembahan di salah satu festival kebudayaan terbesar Mongolia hasil jemputan peribadi darip...

oleh Sophia Ahmad