web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkenal Seni Ukiran Menggunakan Laser Pertama Di Langkawi!

Bersama Anak Jati Langkawi, Mohd Ashraff Ammar Affandi merubah takdir hidup semasa pandemik bermula.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 11:02AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak jati Kedah, Mohd Ashraff Ammar Affandi baru sahaja menggenggam ijazah dalam bidang kejuruteraan kapal terbang pada waktu itu. Belum pun sempat bekerja dalam jurusan tersebut, berita pemergian ayahanda tercinta telah merubah jalan hidup pemuda ini. 

Sebagai anak sulung, Ashraff terpaksa cepat belajar menguruskan perniagaan yang diusahakan bapanya selama ini. Dengan bantuan rakan rapat bapa, Ashraff belajar bagaimana mempertahankan dan memajukan perniagaan keluarganya seperti perkhidmatan jungle trekking dan berkayak. Maklumlah, Langkawi menjadi perhatian pelancong untuk bercuti dan aktiviti seperti ini semestinya mendapat perhatian. 

Namun begitu, Ashraff menyedari menjadi ahli perniagaan bukanlah cinta pertamanya. Keinginan dan minat yang mendalam rupanya jatuh kepada bidang ukiran dan seni bina. Siapa sangka, bermula sebagai hobi sejak kecil kini ia menjadi sumber pendapatan sampingan Ashraff.

Ashraff memulakan perniagaan ukiran ini pada 2016 dan menamakannya Sentuhan Hyder sempena nama anak kesayangannya. Dari sebuah bilik stor di belakang rumah, Ashraff mengubahnya menjadi bengkel dan menjana pendapatan dari bilik kecil itu.

Ketika tiba-tiba dunia dilanda pandemik, perniagaan berasaskan pelacongan yang diusahakannya mula menyusut. Langkawi sepi. Pemuda 34 tahun ini engan berlama-lama terikat dalam emosi sedih.

Dia menjadikan hobinya dalam bidang pertukangan sebagai perniagaan utama. Ketika ramai orang kehilangan pekerjaan, Ashraff mencari cara untuk bertahan. 

“Ayah pernah berpesan, saya kena selalu mencari pasaran yang belum diterokai sesiapa. Oleh itu, saya putuskan untuk menceburi bidang ini secara serius.

"Bila Sentuhan Hyder mulakan seni ukiran menggunakan laser, tidak ada seorang pun di pulau ini yang menggunakan kaedah ini. Ini kerana kaedah ini masih baru.

“Nampaknya pelanggan menyukai kaedah ini kerana ia lebih murah dan cepat berbanding ukiran menggunakan tangan. Kos juga lebih murah kerana menggunakan papan lapis. 

“Walaupun murah tetapi ia masih berseni.  Kami sangat menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan. Tahun pertama PKP, kami sudah berjaya mendapatkan pelanggan yang terdiri daripada hotel-hotel tempatan. Kemudian semakin lama, ia semakin mendapat perhatian,” ceritanya kepada Getaran sambil tangannya ralit menunjukkan antara produk keluaran syarikatnya. 

Sentuhan Hyder kini mendapat permintaan untuk menghasilkan perlbagai kraf. Dari ukiran nama-nama bilik hotel kemudian kad ucapan, trofi pertandingan, rantai kunci dan banyak lagi. Setakat ini, mereka hanya menggunakan satu mesin dan dijangka akan menambah jumlah mesin memandangkan permintaan semakin meningkat.

Kini, beberapa tahun sudah berlalu. Ashraff mengakui sudah mula mempunyai beberapa pesaing yang menggunakan kaedah serupa. Apa yang membuatkan Ashraff terus bertahan ialah kualiti setiap produk yang dihasilkan.

Jika ada sesuatu produk yang tidak kena di matanya, terutama kemasan akhir produk, Ashraff akan mengerjakannya sekali lagi daripada awal. 

Sikap dan semangat yang tidak putus asa ditonjolkan Ashraff sememangnya perlu dicontohi setiap anak muda. Kerana kebijaksanaannya, nilai dalam kesenian ukiran tidak hanya dapat dipertahankan malah diperkenalkan dengan konsep yang lebih kontemporari sesuai dengan pasaran dunia. Tahniah Ashraff!

Gambar: Syed Imran

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN