web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Matinya Seorang Pahlawan' Gabung Elemen Teater Dan Filem

Pementasan teater terbitan STEFANI ini menonjolkan seni lakonan pentas, gerak silat, nyanyian lagu-lagu asli, busana Melayu asli dan tarian asli tradisional.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 7:47PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah mengenai kesetiaan Hang Tuah terhadap Sultan Melaka dan amukan Hang Jebat apabila Hang Tuah difitnah hingga sultan menitahkan agar Hang Tuah dibunuh sudah kerap kali dipersembahkan dalam pementasan teater. 

Namun, pementasan Matinya Seorang Pahlawan karya Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang ini sama sekali menggunakan pendekatan yang berbeza. 

Diarahkan seniwati tersohor, Fauziah Nawi menerusi produksinya sendiri iaitu Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Stefani (STEFANI), Matinya Seorang Pahlawan adalah sebuah pementasan hibrid yang menggunakan pendekatan baharu seni persembahan.

Menggabungkan elemen teater dan filem, pementasan Matinya Seorang Pahlawan yang mendapat sokongan Yayasan Hasanah melalui program 'Arts For All Seasons' (ArtsFAS) ini dilakukan untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap seni sastera dan budaya di kalangan generasi muda.

Fauziah berkata, dia percaya keberadaan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada kehalusan, keindahan seni dan kesusasteraannya. 

“Masyarakat Melayu khususnya mempunyai sejarah seni dan kesusasteraan yang begitu luas dan tinggi nilainya. 

“Malangnya semakin hari keindahan dan kehalusan seni ini kian dilupakan dan seakan pupus di era kini. 

“Nama-nama seperti Tun Sri Lanang, Hamka, A. Samad Said, Usman Awang dan WS Rendra sudah menjadi nama yang begitu asing dikalangan masyarakat kita terutama pada generasi muda.

“Atas sebab itu, STEFANI mengambil satu inisiatif untuk menyemarakkan seni budaya melalui pementasan teater hybrid ini dengan menonjolkan seni lakonan pentas, gerak silat, nyanyian lagu-lagu asli, busana Melayu asli dan tarian asli tradisional,” katanya. 

Pada waktu yang sama, ia turut membuka ruang pekerjaan dan membantu meringankan beban ekonomi lebih 50 aktivis-aktivis seni yang terkesan akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Pementasan Matinya Seorang Pahlawan menampilkan pelakon-pelakon yang aktif bergiat di dalam dunia teater, bahkan ia turut dijayakan pelakon terkenal Aqasha dan Wan Shades.

Berlangsung dari 12 hingga 16 Disember,  anda boleh menontonnya secara atas talian dengan menempah tiket yang berharga RM35 menerusi pautan ini:  https://www.cloudtheatre.com/shows/matinya-seorang-pahlawan/ 

 

Sinopsis 

Sebuah kisah pahlawan legenda Tanah Melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Berpunca daripada sebuah fitnah Patih Karma Wijaya yang mengakibatkan Hang Tuah dihukum bunuh.

Amukan Hang Jebat menuntut bela apabila menerima berita kematian saudaranya telah melumpuhkan sistem pemerintahan Kerajaan Melaka.

Apabila Istana menyedari kepentingan dan keberadaan Hang Tuah untuk memulihkan keadaan, Bendahara membuat pengakuan akan derhakanya kepada Sultan kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang dititahkan. 

Hang Tuah dititahkan untuk kembali dan berlakulah pertembungan dua ideologi berbeza di antara Hang Tuah dan Hang Jebat. - Getaran, 16 Disember 2021

Gambar: STEFANI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN