web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Songket Diiktiraf Sebagai Senarai Wakil UNESCO

Songket yang digelar ‘Ratu Kain’ dalam tenunan Melayu telah disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 8:51AM

Gambar Hiasan. Gambar: Khairul M Hannafi, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Songket yang digelar ‘Ratu Kain’ dalam tenunan Melayu sekali lagi berjaya melakar sejarah, apabila disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada sesi ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataannya memaklumkan, sesi tersebut berlangsung pada 13 hingga 18 Dis ini secara dalam talian dari Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

“Keputusan tersebut diumumkan hari ini pada 5.55 petang (waktu Malaysia) dan diputuskan oleh jawatankuasa itu yang dianggotai 24 Negara Anggota 2003 Konvensyen untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara, dipengerusikan Sri Lanka.

“MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara telah mencalonkan songket di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Dokumen pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara ini telah dikemukakan kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac tahun lalu,” menurut kenyataan itu. 

Penyenaraian di bawah Senarai Wakil UNESCO merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia untuk warisan kebudayaan tidak ketara, yang dapat mempromosi dan mengetengahkan warisan di peringkat dunia.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Selain itu ia memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

“Ia secara tidak langsung akan mengangkat visibiliti Malaysia di mata dunia, sebagai antara negara yang mempunyai pelbagai khazanah warisan kebudayaan tidak ketara yang boleh menjadi tarikan pelancong serta memberi peluang ekonomi kepada negara melalui industri berkaitan,” menurut kenyataan itu. 

Pengiktirafan itu juga menjadikan jumlah warisan kebudayaan tidak ketara Malaysia yang tersenarai di bawah Senarai Wakil telah bertambah kepada enam selain Mak Yong, Dondang Sayang, Silat, Upacara Wangkang dan Pantun.

Tambahnya, pengiktirafan itu juga bakal meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian seni dan warisan pelbagai etnik dan kaum, termasuk pengamal seni di negara ini.

Ia juga memberikan galakan serta motivasi kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam seni tenunan Songket, sejajar permintaan dan nilai pasaran yang tinggi selain terus didorong membawa inovasi baharu terhadap reka bentuk dan motif tenunan warisan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN