web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azrel Ismail Akui Gementar Jayakan 'Putri Santubong The Warrior Princess'

Selain berlakon dan menyanyi, Azrel juga perlu belajar bertutur dalam bahasa Kayangan serta menguasai bahasa Melayu Sarawak.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 7:33PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Azrel Ismail mengakui berasa gusar dan gementar untuk menjayakan watak sebagai pahlawan bernama Kijang Mas dalam pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess yang bakal dipentaskan di Kampung Budaya Sarawak pada 11 dan 12 Disember dan ditayangkan secara langsung menerusi pautan www.putrisantubong.com.my

“Ini adalah kali pertama saya terlibat dengan pementasan teater. Ia cukup mencabar kerana sebaik sahaja menyertai produksi teater ini, saya terpaksa belajar bertutur dalam bahasa Kayangan serta menguasai bahasa Melayu Sarawak. 

“Selain berlakon, saya juga kena menyanyi. Ada dua lagu yang bakal saya bawakan di dalam pementasan ini. Satu lagu solo dan satu lagi lagu duet bersama Maya Karin yang membawakan watak Putri Santubong,” katanya kepada Getaran. 

Setelah menjalani latihan pementasan teater muzikal Putri Santubong ini, Azrel tidak menafikan bahawa bermain teater bukanlah suatu tugas yang mudah. 

“Tapi, saya bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih lakon teater di sini. Pada waktu yang sama juga saya turut dibantu Maya Karin serta kak Ellie Suriaty yang menjadi guru lakonnya. 

“Pada waktu yang sama, saya juga cuba menggunakan pengalaman berlakon dalam drama dan filem untuk menjayakan watak Kijang Mas ini. 

“Cuma, saya perlu mengatasi rasa gementar untuk berdepan dengan ramai orang sewaktu beraksi di pentas teater nanti. 

“Tapi, mungkin tata cahaya yang terang menyukarkan saya untuk melihat wajah-wajah penonton, jadi saya akan anggap bahawa tiada orang di depan saya nanti,” katanya. 

Sama ada dia bersedia atau tidak dengan pementasan ini, Azrel berkata, dia terpaksa mengabaikan persoalan tersebut. 

“Suka atau tidak saya kena ready. Apatah lagi, pementasan ini akan berlangsung pada waktu masa yang terdekat. 

“Tapi, andai kata, saya diberikan tawaran untuk menjayakan pementasan teater yang akan datang, saya kira, saya tidak akan menolak jika tawarannya bagus,” katanya lagi. 

Pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess ditaja Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak.

Selain Maya dan Azrel, pementasan teater muzikal ini turut dijayakan pelakon Sofi Jikan (Dewa Kejora), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Putri Sejinjang).

Pementasan teater muzikal Putri Santubong The Warrior Princess berkisar mengenai kisah mitos tentang dunia kayangan penuh mistikal yang dikuasai Puteri Santubong dengan kuasa sakti yang tiada tandingan. 

Kisah bermula apabila Putri Santubong bersedih apabila melihat kesengsaraan yang dialami rakyat di bumi dan dia kemudian telah merancang untuk mengubah kehidupan mereka dengan menghantar tujuh orang puteri. 

Ketujuh-tujuh puteri itu dihantar ke tiga tempat yang berbeza di bumi dengan bantuan dua ekor burung mistik iaitu Burung Bayan dan Burung Merpati. Sebelum turun ke bumi, mereka telah dilarang untuk bercinta dengan lelaki dan memakan ayam. 

Di bumi, ketujuh-tujuh puteri itu mengajar cara untuk menenun, menuai padi, menari, membuat kraftangan dan muzik, manakala di Kayangan pula, percintaan tercetus di antara Putri Santubong dengan Kijang Mas dan Putri Sejinjang pula bercinta dengan Datuk Nakhoda. 

Namun berlaku tragedi yang tidak diingini apabila Iswaraja cuba membalas dendam terhadap Kijang Mas dan Putri Santubong kerana perasaan cintanya terhadap Putri Sejinjang terhalang. - Getaran, 9 Disember 2021

Gambar: Instagram Azrel Ismail

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Tak Serik, Tapi Akan Lebih Hati-Hati – Azrel Ismail Dakwa Masih Belum Terima Baki Bayaran Tertunggak Stesen TV

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Maya Karin Terharu Ramai Berikan Sokongan Buat Dirinya Selepas Serangan ‘Panic Attack’ Di FFM32

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

'You Did Well Maya!' - Public Health Malaysia Puji Maya Karin Tangani Serangan Panik Di FFM32

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Baru Sehari Tayangan, Abang Long Fadil 3 Sudah Berjaya Raih RM3 Juta 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN