web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bangsawan Dihidupkan Dengan Pertunjukan ‘Hikayat Si Miskin Menjadi Raja’ 

Penghormatan buat tokoh bangsawan, Rahman B, pertunjukan ini akan menerapkan kaedah klasik penggunaan tirai serta persembahan 'extra-turn' seperti yang pernah digunakan kumpulan bangsawan bergerak zaman dahulu. 

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 4:08PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai suatu penghormatan buat pewaris tokoh bangsawan, Rahman B yang juga pengamal terakhir seni warisan pementasan hiburan ini, persembahan bangsawan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja bakal dipentaskan selama tiga hari berturut-turut bermula 17 hingga 19 Disember ini di Pentas 1, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac). 

Merupakan sebuah projek kolaborasi di antara The Actors Studio Seni Teater Rakyat dan Mekar Budaya dengan kerjasama Yayasan Hasanah, di bawah platform Arts for all Seasons 2021 (ArtsFAS2021), naskhah Hikayat Si Miskin Menjadi Raja adalah cetusan inspirasi daripada novel Anak Raja dan Anak Papa tulisan Pendeta Zaaba (1958), yang diadaptasi daripada The Prince and The Pauper karya Mark Twain (1881). 

Persembahan bangsawan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja, bakal diarahkan Dr. Marlenny Deenerwan yang juga penulis skrip kepada naskhah ini. Lenny sememangnya mendapat latihan daripada Rahman B yang juga merupakan gurunya sejak 1998 sewaktu dia menyertai Akademi Seni Kebangsaan (kini ASWARA). 

Lenny meneruskan perjuangan gurunya, Rahman B.
Lenny meneruskan perjuangan gurunya, Rahman B.

Lenny berkata, sebelum kewujudan siaran televisyen, teater Bangsawan pada suatu masa dahulu merupakan salah satu bentuk hiburan utama yang dibawakan oleh kumpulan bergerak yang membuat persembahan dari kampung ke kampung.

“Malangnya, generasi muda pada hari ini tidak lagi dapat melihat dengan kerap persembahan seperti ini. Inilah yang mendorong saya dan kumpulan saya untuk membawa perubahan kepada situasi ini,” katanya. 

Sebagai pelajar dan pengamal yang menghargai sejarah serta bentuk asal bangsawan melalui proses latihan formal dan tidak formal, ia telah menggerakkan hatinya untuk melanjutkan pengajian PhDnya dalam bidang bangsawan. 

Bermula dengan penyertaannya dalam Persatuan Bangsawan Bintang Timur milik Rahman B, dia telah berupaya mengasaskan Bangsawan Opera Sri Bandaraya di bawah naungan DBKL dan juga kumpulan kesenian Mekar Budaya.

Bahkan, dia juga membangunkan silibus Penulisan Skrip Bangsawan di UiTM. Sehingga kini, beliau telah menulis 10 skrip bangsawan, mengarahkan lima daripada naskhah tersebut. 

Jelas Lenny lagi, bangsawan terpaksa berjuang untuk mendapat tempat dalam kalangan golongan muda ketika kumpulan teater yang lain giat mementaskan drama moden dan kontemporari yang mana hasil karya mereka jauh meninggalkan bangsawan. 

“Ia menyebabkan karya bangsawan semakin dilupakan dan hanya dipersembahkan untuk mempertahankan tradisi tanpa sebarang fungsi khusus dalam memenuhi permintaan kontemporari.

“Selain memberikan penghormatan buat tokong bangsawan, Rahman B, pertunjukan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja ini adalah untuk meraikan teater bangsawan. 

“Tirai merupakan antara aspek terpenting dalam teater bangsawan yang turut dikenali sebagai drama tirai. Kami merancang untuk menghidupkan kembali kaedah klasik penggunaan tirai yang pernah digunakan kumpulan bangsawan bergerak pada zaman dahulu. 

“Kali ini dengan sentuhan kontemporari yang akan memberi kesan kepada cara pertukaran set dan juga persembahan extra-turn, penonton boleh menjangkakan sebuah cerita klasik dengan nuansa kontemporari dan inovasi, dalam masa yang sama masih menghormati nilai teras teater bangsawan.

Barisan pelakon komited menjalani latihan sejak Oktober lalu.
Barisan pelakon komited menjalani latihan sejak Oktober lalu.

Pertunjukan bangsawan ini menghimpunkan hampir 60 anggota produksi yang mana 26 daripadanya adalah pasukan kreatif termasuk Lenny Erwan, penolong pengarah, Adie Yusof (penolong pengarah/jurulatih lakon), Ayop Azril (pengarah muzik), Dikwan (koreografer), Yusman Mokhtar (sinografer), Azim Halim (pereka tirai/multimedia), Along Hazirin (pereka set), Nawfal Zamri (pereka cahaya) dan Farid Hakimie (pengurus solekan dan tatarias).

Seramai 15 pelakon telah menjalani latihan sejak 4 Oktober lalu. Mereka terdiri daripada Faez Malek, Mior Ahmad, Dekna Sheikh Faisal, Eijat Ashari, Noor Jannah, Zafran Hisham, Syafiq Ahmad, Griffin Robert, Sam Aziz, Jai Ijol, Atiqah Abu Bakar, Azwan Ahmadi, Iqtiman Azmi, Ash dan Nan Rozlan termasuk enam penari, lima pemuzik dan seorang penyanyi. 

Pertunjukan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja ini akan mengimbas kembali zaman kegemilangan bangsawan, lengkap dengan penampilan watak dan kostum yang berwarna-warni, muzik secara langsung, tarian dan unsur komedi. 

Teater sebegini adalah sebuah pakej yang harus ditonton sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Tiket berharga dari RM30 hingga RM60 boleh dibeli secara atas talian sahaja melalui https://www.cloudtix.co/.

Untuk makluman lanjut, hubungi 03-4047 9000 atau WhatsApp +6018 227 7212. Jualan menerusi telefon dan atas kaunter tidak dibenarkan.

Gambar: Mekar Budaya

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Tokoh Seniman Rahman B Sudah Tiada

2

Budaya 4 tahun yang lalu

Diari Getaran Minggu Ini

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Pementasan KLPAC Untuk 'Penyair Rakyat' Usman Awang 

4

Budaya 5 tahun yang lalu

Cadangan Aktiviti Untuk Anda Hujung Minggu Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN