web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karya Seni Artis Dari Sarawak Dipilih Sertai Projek Seni PBB Di UAE

Projek yang bermula pada 2020 itu turut menampilkan artis-artis dari Belanda, Sweden, India, Cape Verde, Syria, Iraq, Armenia, Mesir, Jordan, Pakistan, Afrika Selatan, Iran, Mauritius, Argentina dan UAE.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Nov 2021 9:16AM

Artis dari Sarawak, Saadiah Sulaiman bersama karyanya, 'Painting a Better World'. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Painting a Better World' hasil seni karya artis dari Sarawak, Saadiah Sulaiman, dipamer untuk tontonan ramai di Hab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Expo 2020 Dubai yang berlangsung dari 9 hingga 13 Nov sebagai sebahagian daripada projek ‘UN Sustainable Development Goals (SDGs) Through Art’.

Malaysia Pavilion di Expo 2020 Dubai dalam kenyataan semalam berkata Saadiah, 52, adalah antara 17 artis berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu yang terpilih untuk menyertai inisiatif kolaborasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan (UAE) bagi meningkatkan kesedaran terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Projek yang bermula pada 2020 itu turut menampilkan artis-artis dari Belanda, Sweden, India, Cape Verde, Syria, Iraq, Armenia, Mesir, Jordan, Pakistan, Afrika Selatan, Iran, Mauritius, Argentina dan UAE.

'Painting a Better World' dipamerkan di Hab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Expo 2020 Dubai
'Painting a Better World' dipamerkan di Hab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Expo 2020 Dubai

"Fokus penting hasil seni saya ialah putaran jam yang terus berfungsi selagi semua komponen berfungsi. Secara metafora, mekanisme tak berkesudahan ini mewakili kemampanan dalam cara sosio-ekonomi dan kebergantungan alam sekitar dikekalkan dengan bijak," katanya dipetik dari kenyataan itu.

Saadiah yang menetap di UAE sejak 2007 mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak berkaitan yang membawa beliau bersama karya seninya menyertai projek berkenaan dan menurutnya beliau kini lebih faham mengenai SDG, memandangkan setiap artis dipertanggungjawab menampilkan ekspresi artistik khusus yang boleh membantu dalam menghimpunkan orang ramai untuk menyokong pelaksanaannya.

"Semakin saya meneliti dan berbincang dengan orang lain, semakin jelas matlamatnya. Agenda PBB 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan ditujukan untuk kita, menuntut tindakan kolektif untuk bekerjasama dan komited kepada semua matlamat untuk manfaat semua orang, tanpa meminggirkan sesiapa," tambahnya.

Timbalan Pesuruhjaya Agung PBB untuk Ekspo 2020 Dubai Dr Dena Assaf berkata karya seni daripada projek itu akan diletakkan pada jerayawara ke tujuh emiriah untuk mempromosikan SDG. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN