web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Miri Promosi Tekstil Melanau Batik Linut Ke Pentas Dunia

Keunikan tekstil ini adalah penggunaan linut iaitu sagu yang dihasilkan daripada pohon rumbia.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Batik linut yang menjadi kebanggaan masyarakat Melanau di Kampung Telian, Mukah bakal diperkenalkan ke pentas antarabangsa menerusi bandar raya Miri. 

Pengarah Urusan Lamin Dana Sdn. Bhd., Diana Rose berkata, Miri dipilih untuk mempromosikan tekstil unik yang menggunakan tepung rumbia (linut) sebagai bahan pencorak itu memandangkan ia menjadi penghubung utama kawasan utara Sarawak ke luar negara. 

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan baju batik Linut pada Majlis Pelancaran Batik Linut Textiles. Turut sama Pengarah Urusan Lamin LD Sdn. Bhd., Diana Rose (kiri).
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan baju batik Linut pada Majlis Pelancaran Batik Linut Textiles. Turut sama Pengarah Urusan Lamin LD Sdn. Bhd., Diana Rose (kiri).

Menurutnya, Miri mempunyai penerbangan terus ke Singapura dan merupakan lokasi strategik kerana berjiran dengan Brunei dan Sabah, malah kuasa beli penduduknya lebih tinggi.

“Justeru, langkah menjadikan batik linut sebagai produk pengenalan Miri merupakan satu percaturan yang baik. 

“Ia merupakan situasi menang menang untuk kita. Kami berkongsi warisan dan jiwa kami dengan Miri dan bandar raya ini akan mempunyai satu lagi produk tarikan pelancongan,” katanya kepada Bernama.

Proses mengering menggunakn mesin pengering selepas teknik cetakan dilakukan bagi mendapatkan latar belakang corak dan warna kain mengikut motif.
Proses mengering menggunakn mesin pengering selepas teknik cetakan dilakukan bagi mendapatkan latar belakang corak dan warna kain mengikut motif.

Jelas Diana, batik linut merupakan satu usaha inovasi dan tidak boleh dibandingkan dengan batik tradisional di negeri-negeri lain.

Katanya, ketika ini sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak terhadap batik linut amat memberangsangkan, sekali gus menunjukkan potensi besar tekstil tersebut.

Diana berkata, batik linut mula diperkenalkan pada April 2019 sempena Minggu Tekstil Borneo di Kota Kinabalu, Sabah dan selepas itu di Pesta Kaul Mukah, sebelum dipromosikan di Singapura sempena pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancong Sarawak (STATOS) pada Ogos 2019.

Proses mewarna batik sebelum dijemurkan di bawah pancaran matahari bagi proses pengeringan.
Proses mewarna batik sebelum dijemurkan di bawah pancaran matahari bagi proses pengeringan.

Baru-baru ini, dalam kunjungan Bernama ke Lamin Dana Cultural Lodge yang terletak kira-kira 143 kilometer dari Sibu atau kira-kira tiga jam perjalanan, pengurus residensi pusat peranginan itu iaitu Andrea James telah menceritakan keistimewaan batik tersebut.

Katanya, keunikan tekstil itu ialah pada linut, iaitu sagu yang dihasilkan daripada pohon rumbia yang merupakan tanaman dan produk industri yang sinonim dengan Mukah dan suku kaum Melanau.

Hasil corak batik linut dengan menggunakan teknik cetakan bagi mendapatkan latar belakang warna kain mengikut motif.
Hasil corak batik linut dengan menggunakan teknik cetakan bagi mendapatkan latar belakang warna kain mengikut motif.

Jelasnya lagi, linut bertindak sebagai bahan menggantikan lilin yang bertindak menghalang air atau bahan pewarna menembusi kain kerana sifatnya yang likat dan kalis air.

“Pada masa sama, kain yang direndam dalam larutan linut dan pewarna ini dapat menghasilkan corak dan warna yang lebih menarik,” katanya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pula berkata, batik linut berpotensi menjana pendapatan penduduk setempat dan melatih usahawan tempatan.

“Setakat ini saya nampak batik linut sebagai projek yang boleh dikatakan lestari kerana linut ada di tempat itu selain berkualiti tinggi dan cantik,” katanya. - Bernama 

Gambar: Amirul Azmi, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN