web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Tonton Pertunjukan Cahaya Dan Kuda Kepang Disember Ini!

Meriahkan hujung tahun anda dengan tarian kuda kepang dan pertunjukan 'Cahaya 004 - Kitab Basah'.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 4:26PM

Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja. Gambar: Pusaka

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau anda ingin mencari aktiviti yang menarik sebagai penutup tahun baru, apa kata anda penuhkan hari-hari anda dengan acara kesenian dan kebudayaan. 

Berita baik untuk pembaca, Pusaka dan Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja bakal mempersembahkan pertunjukan cahaya secara fizikal yang dinamakan Cahaya 004 - Kitab Basah.

Persembahan yang bakal ditampilkan bukan calang-calang. Cahaya 004 - Kitab Basah merupakan kesinambungan daripada persembahan bersiri Cahaya anjuran Senilab.

Mereka menampilkan penerokaan konsep cahaya tersebut sebagai faktor visual serta alat yang boleh membentuk, mentakrif semula dan mengubah sesebuah ruang.

Secara tidak langsung, ia memberi sebuah dimensi persembahan baharu di samping memberi kefahaman yang berbeza kepada penonton.

“Kami mengambil konsep ini dan mengolah interaksi yang berlaku, justeru penghasilan konten ini membolehkan kita menghayati, bereksperimen dan menjalinkan hubungan alternatif yang mungkin tidak pernah wujud sebelum ini.

“Ia menjadikan kita lebih faham apa maksud sebenar ‘cahaya’, yang ada kalanya tidak langsung diberi perhatian,” ujar Taufiq Kamal sebagai wakil jurucakap Senilab.

Taufiq Kamal
Taufiq Kamal

Dia juga berharap persembahan Cahaya 004 - Kitab Basah dapat meneroka ruang antara kesenian moden dan tradisional. 

Selain itu, kumpulan tarian kuda kepang dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja telah dijemput khas untuk membuat persembahan kali ini. 

“Kami berhasrat untuk menarik perhatian golongan muda, supaya mereka lebih prihatin terhadap kepelbagaian budaya yang kaya di Malaysia, terutamanya amalan seni yang semakin dilupakan. 

“Menerusi gabungan persembahan kuda kepang yang tak lapuk ditelan zaman bersama interpretasi unik kami yang menampilkan bunyi-bunyian moden dan persembahan cahaya, kami berharap usaha ini dapat melahirkan sesuatu yang bukan sahaja sukar dilupakan, malah dapat memberi ilham dan inspirasi kepada generasi baru dan pihak-pihak yang relevan agar mereka sedar peri pentingnya untuk kita mengekalkan warisan seni dan budaya tempatan,” katanya lagi.

Kuda kepang sememangnya mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keanggunan menerusi pergerakan tarian yang ditonjolkan oleh penari-penari kuda kepang itu sendiri. 

Menurut Zulamran Hilmi, kurator bagi acara ini yang mewakili agensi 33.3™, penonton hendaklah menonton persembahan ini dengan hati dan minda yang terbuka. Ini kerana ada perkara yang boleh terjadi sepanjang persembahan ini nanti. 

Zulamran Hilmi
Zulamran Hilmi

“Penari kuda kepang bagaikan disentuh oleh ‘isim’ atau semangat lain ketika mereka menari, maka para penonton juga perlu membuka hati dan minda mereka kepada perubahan yang mungkin mereka dapat rasakan selepas menonton persembahan ini,” tambahnya lagi.

Persembahan kuda kepang ini akan berlangsung pada 18 Disember 2021 di Black Box Publika, jam 2 petang dan 8 malam. Manakala instalasi cahaya dan seni pula akan dipamerkan di G3, West Entrance Black Bridge, dari 19 Disember sehingga 31 Disember 2021. 

Acara seni dengan kemasukan percuma ini dibuka kepada pengunjung-pengunjung yang mempunyai vaksinasi lengkap. 

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.projectcahaya.com. Untuk berita terkini, ikuti Cahaya di media sosial Instagram dan Facebook. - Getaran, 25 November 2021

Gambar: Senilab

Gambar Kumpulan Kuda Kepang Parit Raja: Pusaka

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

2

TARA 3 tahun yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

3

Muzik 3 tahun yang lalu

'We Can’t Be Saved' - Kolaborasi Unik Trophy Knives Dengan Penyanyi Anti-Flag, Chris#2 Dari Amerika  

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Sonno Memperkenalkan Butik Flagship Pertama di Publika

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN