web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertaruh Gambar Terbaik Tentang Keindahan Malaysia Dan Menang Hadiah!

Ganjaran wang akan diberikan kepada entri terbaik dan dipamerkan di laman Instagram MyMy.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 3:52PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah kempen dengan tanda pagar #MyMalaysia dilancarkan di alam maya bagi menggalakkan para artis dan pengguna media sosial yang terjejas akibat pandemik memuat naik gambar terbaik mereka yang menonjolkan sisi keindahan negara. 

Bukan itu sahaja, ganjaran wang akan diberikan kepada entri terbaik dan dipamerkan di Instagram MyMy. Para pengguna Instagram boleh melihat sendiri beberapa karya terbaik yang telah dihantar melalui @mymy, atau menggunakan #MyMalaysia, di Instagram.

Kempen ini juga secara tidak langsung boleh membantu lebih ramai pengguna media sosial yang terkesan akibat pandemik melalui perkongsian foto-foto menarik mereka di laman sosial.

"MyMy melihat industri seni tempatan sebagai simbol kemajuan negara kita. Berbekalkan semangat #KitaJagaKita, kami ingin memainkan peranan dalam membantu anak seni tempatan yang berbakat ini untuk terus bertahan dan berkembang sambil berkongsi karya mereka untuk mengingatkan rakyat Malaysia betapa indahnya negara kita,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyMy, Kishore Samuel.

Menurutnya lagi, walaupun beberapa tahun belakangan ini kita diuji dengan pandemik,menerusi kempen ini, rakyat Malaysia akan sentiasa mengingati keajaiban tanah air terutamanya tentang keunikan budaya tempatan.

“Bermula dengan insentif #MyMalaysia, MyMy ingin memperkasakan semua rakyat Malaysia untuk melihat negara ini dari lensa dan perspektif yang baru, dan menjadi sebahagian daripada kemajuan negara.

"Itulah sebabnya kami sedang mengusahakan satu produk untuk semua rakyat Malaysia. Sesuatu yang intuitif, mudah diakses dan mempunyai nadi Malaysia sebagai terasnya,” kata Pengasas Bersama MyMy, Joe McGuire.

MyMy ingin menyaksikan bagaimana orang ramai melihat keindahan negara dan mengalu-alukan sebarang penyertaan daripada mereka yang ingin berkongsi karya seni. Ikuti kempen ini dan jangan lupa tag @MyMy di Instagram dan hashtag #MyMalaysia. Penyertaan terpilih akan diberi ganjaran.

Anda juga boleh membuat pra-pendaftaran untuk mendapat akses awal ke MyMy dan menjadi salah seorang penguji Beta di www.my-my.com/#RegisterNow.

MyMy adalah e-dompet (e-wallet) yang diasaskan di Malaysia yang bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia ke arah celik digital dan kewangan, sambil memacu negara ke arah ekonomi digital kreatif. - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN