web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertanyaan, Kritik Dan Budaya Dalam Karya Bethany Luhong Balan

Identiti dan percanggahan dengannya menjadi inspirasi Bethany Luhong Balan untuk berkarya. Apa lagi yang menarik minatnya? Mari kenali anak muda berbakat ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 11:54AM

Gambar: Syed Rusydie (@rusylovesollies)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bethany Luhong Balan merupakan seorang pereka multimedia, pemuisi dan artis konseptual selain aktif bersama kolektif Wordsmiths of Kuching.

Beliau pernah mempersembahkan puisinya di BFM’s Speak Easy International Women Day Edition pada tahun 2019 dan turut tampil di Lingua Franca, sebuah acara maya spoken word yang melibatkan pemuisi-pemuisi dari England pada Julai yang lepas.

Bethany juga pernah menghasilkan karya seni visual yang telah dipamerkan di Pameran Ruangseni pada tahun 2019 dan menyertai K[otak]ku, residensi seni pada awal 2021.

Kedualan manusia dan pelbagai penyanggahan yang membentuk identiti seseorang individu menjadi ilham untuk karya instalasi beliau yang bertujuan untuk mengaburi batasan antara realiti dan fantasi, lalu mewujudkan rasa realisme magis terhadap setiap karya.

Bethany mula menunjukkan minat untuk melukis sejak kecil lagi dan mula menulis puisi sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Menurut Bethany, seni adalah cara beliau untuk memahami pengalaman dan memproses fikiran juga emosi.

Salah satu aspek kegemaran beliau dalam berkarya adalah untuk mengesan corak atau hubungan antara dua perkara yang kelihatan jauh berbeza. 

Hal ini membawa kepada persoalan di satu petikan beliau di Instagram, ‘Aku selalu bergelut dengan keseimbangan. Menyeimbangkan antara seni dan budayaku. Moden vs tradisional.’

Bethany memberi respons kepada hal tersebut dengan mengatakan bahawa ia membantu dan membantutkan proses kreatif. “Banyak karya aku bertemakan identiti dan percanggahan dengannya, jadi boleh dikatakan kepayahan atau halangan tersebut dijadikan inspirasi aku untuk berkarya.

“Aku selalu bergelut dengan persoalan, ‘Adakah aku cukup Dayak? Cukup Kayan? Bahasa ibunda atau bahasa Inggeris?’ Aku tak fasih berbahasa Kayan, jadi aku selalu rasa tekanan untuk menyelitkan unsur-unsur Dayak atau Kayan ke dalam karya aku.”

Tambah Bethany lagi, “Aku bangga dengan budaya aku dan ingin mempamerkan budaya aku ke seluruh dunia tapi pada masa yang sama, adakah dengan menyelitkan unsur Dayak ia kelihatan seperti sebuah amalan yang ‘malas’?

“Patutkah aku mencabar diri untuk menghasilkan seni kontemporari tanpa sebarang unsur Dayak atau tradisional?” Itulah respons Bethany mengenai keperluan beliau mengimbangi seni dan budaya dalam karya-karya beliau.

Sama ada melalui karya-karya visual mahupun teks, Bethany sering memaparkan pelbagai isu sosial dalam karya-karya beliau. Bethany mengatakan masyarakat kita dibesarkan untuk menjaga air muka terutamanya orang yang lebih berusia dan berpengaruh. 

Puisi-puisi Bethany sendiri begitu banyak menyentuh isu seperti gangguan seksual, menyalahkan mangsa dan jenayah rogol.

“Mengecewakan,” balas Bethany ringkas mengenai gangguan seksual masih berlaku meskipun dunia semakin bertambah maju dari segala hal.

“Masalah gangguan seksual hanya boleh diselesaikan apabila kita semua bekerjasama. Apabila mangsa mendedahkan diganggu dan sebagainya, janganlah memutarbelit isu, jadi bahan jenaka, defensif dan saling memaki. 

“Tak kisahlah berapa banyak kempen kesedaran  dilancarkan, gangguan seksual, menyalahkan mangsa dan jenayah rogol akan terus berlaku sekiranya ada pihak meremehkan, merasakan ‘diserang’.

“Sepatutnya kita belajar cermin diri sendiri dan sedar apabila seseorang itu mendedahkan pengalaman gangguan seksual mereka,” kata Bethany, yang melihat seni sebagai respons untuk isu sosial.

 

Apresiasi Seni Dan Budaya Di Sarawak

Sarawak sememangnya kaya dengan keragaman seni dan budaya. Antaranya tenunan, ukiran, tarian dan muzik. Dengan sebegitu banyak sumber inspirasi, seniman di Sarawak masa kini cenderung untuk memasukkan elemen budaya ke dalam karya-karya mereka.

“Tenunan, ukiran, tarian dan sebagainya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka. Contoh seperti Sape, Pua Kumbu, yang mempunyai tujuannya sendiri bukan sekadar perhiasan. Nenek Moyang kita tidak melihat ‘seni’ seperti seni yang kita fahami hari ini.

“Malangnya semakin banyak seni tradisional yang dilupakan tapi ada usaha untuk menghidupkan semula budaya dan seni tradisional, terutama sekali seniman yang seusia dengan aku.

Setelah sekian lama budaya kita dikatakan primitif oleh media arus perdana, kita mula berusaha untuk memelihara warisan nenek moyang kita,” ujar Bethany mengakhiri perbualan. - Getaran, 14 Oktober 2021

Semua gambar: Ihsan Bethany Luhong Balan

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 4 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN