web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unik! Muzium Guggenheim Abu Dhabi Bakal Siap 2025

Muzium ini bakal menampilkan koleksi global yang memberi fokus kepada Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Selatan (WANASA).

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Oct 2021 8:39AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni bina unik global dan kontemporari bangunan Muzium Guggenheim Abu Dhabi bakal menjadi tarikan pengunjung baru negara itu. Ia dijangka siap menjelang tahun 2025.

Muzium Guggenheim Abu Dhabi bakal menjadi muzium yang paling penting di rantau ini untuk program berunsur kesenian antarabangsa. Ia secara langsung dapat menyumbang kepada perkembangan perspektif mengenai kesenian sejarah di peringkat global.

Muzium ini bakal menampilkan koleksi global yang memberi fokus kepada Asia Barat, Afrika Utara dan Asia Selatan (WANASA).

Guggenheim Abu Dhabi akan menyediakan platform pertama seumpamanya untuk para sejarawan dari UAE dan negara-negara Teluk saling bertukar pandangan mengenai seni, sejarah dan budaya di masa lampau dan sekarang.

Bagi memastikan hasrat ini tercapai, kerjasama antara pakar-pakar Emiriah dan serantau dilakukan bagi merancang program yang relevan.

"Guggenheim Abu Dhabi bakal menjadi sebuah muzium seni moden dan kontemporari global yang cemerlang di rantau ini. Ia akan menampilkan sebuah platform yang saksama untuk karya seni dari seluruh pelosok dunia. 

“Pelaburan dalam industri ini adalah penting untuk pembangunan ekonomi Emiriah sekali gus menyumbang kepada pembangunan dunia seni global.

“Guggenheim Abu Dhabi bersama-sama dengan institusi kebudayaan lain seperti Louvre Abu Dhabi dan Zayed National Museum, diharap dapat menyemarakkan budaya kreatif di rantau ini,” kata pengerusi DCT Abu Dhabi, T.Y.T Mohamed Khalifa Al Mubarak.

Guggenheim Abu Dhabi ditubuhkan oleh DCT Abu Dhabi dengan kerjasama Solomon R. Guggenheim Foundation.

Muzium ini bakal menjadi muzium terbesar dan paling luas dalam rangkaian muzium Solomon R. Guggenheim Foundation yang merangkumi Muzium Guggenheim di New York hasil rekaan Frank Lloyd Wright, Guggenheim Bilbao hasil rekaan arkitek pemenang anugerah Pritzker, Frank Gehry dan Peggy Guggenheim Collection yang bertempat di Palazzo Venier dei Leoni di Venice. 

“Kami berterima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan - Abu Dhabi serta rakan kongsi kami dalam kerjasama yang menarik ini. 

“Kami berharap koleksi, program dan bangunan muzium Guggenheim Abu Dhabi ini dapat dikunjungi oleh orang awam pada masa hadapan,” tambah pengarah Solomon R. Guggenheim Museum and Foundation, Richard Armstrong.

Muzium ini bakal melaksanakan pelbagai program menarik termasuklah tiga pameran yang diadakan di Abu Dhabi yang menampilkan karya-karya terpilih daripada koleksi Guggenheim Abu Dhabi. 

Selain itu, muzium ini turut menganjurkan program awam yang dinamik dengan menampilkan seniman kontemporari dari seluruh dunia.

Baru-baru ini, muzium ini melancarkan siri video 'Spotlight' di platform media sosial yang meneroka karya terpilih Guggenheim Abu Dhabi yang dipinjamkan dari seluruh dunia.

Terletak di tengah-tengah Daerah Kebudayaan Saadiyat, muzium ini akan menjadi mercu tanda seni bina yang berinspirasikan seni bina vernakular di UAE dan seluruh rantau ini. 

Guggenheim Abu Dhabi akan menjadi sebahagian daripada rangkaian institusi kebudayaan Abu Dhabi yang berkembang pesat termasuk Louvre Abu Dhabi, New York University, Manarat Al Saadiyat dan Cultural Foundation. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN