web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jon Tham Rai Sikap Prihatin Pemandu, Penghantar Makanan Grab

Dalam keadaan serba mencabar ini, sikap prihatin pemandu dan penghantar makanan Grab wajar dipuji.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Sep 2021 3:28PM

John Tam. Gambar The Star

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum Pelan Pembangunan Negara dilonggarkan, kita pernah tersepit dalam keadaan  serba genting dengan peningkatan kes pengangguran, bunuh diri mahupun cerita orang dibuang kerja.

Ketika saat yang menekan itulah, rakyat Malaysia saling membantu untuk meringankan beban sesama sendiri tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa mahupun agama. 

Turut mengambil bahagian menghulurkan bantuan ialah pemandu dan penghantar makanan Grab yang tidak disedari orang ramai. Maka, seorang pelukis komik, Jon Tham merakamkan situasi berharga ini menerusi karikatur terbaharunya. 

Kartun pendek itu menceritakan tiga pengalaman yang dialami oleh tiga pemandu Grab di Malaysia. Walaupun komik itu singkat dan bersahaja, ia jelas menunjukkan betapa prihatinnya mereka semua dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

“Saya cukup teruja ketika Grab menghubungi saya untuk melukis pengalaman pemandu mereka. Dengan pelbagai cabaran yang menduga kita hari ini, adalah penting untuk warga Malaysia membantu sesama sendiri. 

“Semoga  kisah pendek ini dapat menjadikan lebih ramai orang tergerak hati untuk cakna dengan keadaan sekeliling mereka,” jelas Jon Tham.

Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Grab menerusi penghasilan karikatur ini ingin meraikan sikap prihatin para pemandu dan penghantar makanan dalam membawa sinar kebahagiaan kepada pelanggan mereka. 

Usaha kecil ini secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan semua rakyat Malaysia. 

Bukan itu sahaja, Malaysia juga boleh menjadi teladan kepada negara jiran untuk selalu membawa sinar kebahagiaan.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia berkata pihak mereka sangat terharu dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh semua pemandu Grab pada saat mencabar ini. 

“Kami teruja mengetahui para penumpang dan pelanggan menunjukkan betapa rakan petugas Grab sanggup melakukan sesuatu melangkaui tugas dan tanggungjawab demi berbakti kepada masyarakat. 

“Sikap prihatin itu menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Ia sesuatu yang harus diingati dan diraikan apalagi sempena hari Malaysia,”katanya.

Tahniah diucapkan kepada  semua pemandu dan penghantar makanan Grab kerana mengingatkan kita semua bahawa apa jua kesusahan dihadapi, Malaysia akan melangkah lebih gagah bersama-sama. Marilah mendokong dan menjiwai semangat perpaduan dengan sikap saling prihatin sesama kita. 

Gambar: Grab Malaysia dan The Start - Jon Tham

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN