web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kolaborasi Yayasan Alpro Dan Pelukis Autisme, ArtJamila Bantu Komuniti Autisme 

Koleksi tisu basah edisi terhad Alpro X ArtJamila yang dilancarkan Yayasan Alpro memaparkan tiga ilustrasi unik dilukis sendiri Wan Jamila dan sebanyak 60 sen untuk setiap pembelian disumbangkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 5:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi membantu mengumpul dana untuk komuniti Autisme di negara ini, Yayasan Alpro iaitu badan amal rantai farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pelukis terkenal, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri,19, bagi menjayakan koleksi  tisu basah edisi terhad Alpro X ArtJamila. 

Koleksi tisu basah edisi terhad Alpro X ArtJamila yang dilancarkan Yayasan Alpro itu memaparkan tiga ilustrasi unik yang dilukis Wan Jamila sendiri. Untuk setiap pembelian tisu basah tersebut, Alpro telah menyumbang sebanyak 60 sen kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Dikenali secara profesional dengan nama ArtJamila, Wan Jamila mula menceburi industri seni lukis pada 2017 dan semenjak itu pelukis istimewa ini telah memenangi pelbagai anugerah, pengiktirafan dan pujian di peringkat antarabangsa untuk pelbagai karya seni dan lukisannya.

"Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama Yayasan Alpro. Saya pasti sumbangan yang disalurkan kepada pihak NASOM ini akan membantu mengembangkan lagi potensi kanak-kanak Autisme tanah air.

"Menjadi harapan saya, semua orang memahami bahawa autisme bukanlah suatu kecacatan, malah ia hanya sejenis kemampuan yang berbeza," tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Alpro, Ostwin Paw Yen Thng berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wan Jamila yang juga penghidap autisme.

“Kejayaan Wan Jamila di dalam bidang seni lukis adalah bukti bahawa kanak-kanak dengan autisme juga mampu mencapai kejayaan di dalam hidup mereka jika diberi peluang dan kebebasan untuk mengekspresikan diri masing-masing.

“Kami berasa gembira kerana projek yang dianjurkan khas untuk komuniti Autisme ini diterima baik masyarakat.

“Selaku organisasi yang mengutamakan pemberdayaan komuniti dan kebajikan masyarakat, kami akan terus menyalurkan pelbagai usaha demi membawa perubahan, khususnya untuk golongan kanak-kanak,” tambahnya.

Pengerusi NASOM, Julian Wong memuji usahasama Yayasan Alpro dan ARTJAMILA dalam membantu menyebarkan kesedaran tentang autisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Autism Spectrum Disorder (ASD) sering disalah ertikan sebagai sejenis penyakit, padahal sebenarnya ia tidak benar. 

“Mereka yang menghidap autisme adalah sama seperti kita, kecuali mereka dikurniakan dengan kemampuan untuk melihat dan mengekspresikan diri dengan cara berbeza.

"Kisah kejayaan individu seperti Wan Jamila dan penglibatan pertubuhan seperti Yayasan Alpro mampu memberikan kesedaran yang amat penting mengenai pemerkasaan komuniti istimewa ini," katanya.

Sehingga kini, Alpro telah berjaya menjual lebih 21,000 paket tisu basah tersebut sekali gus mengumpul kira-kira RM13,000 untuk menyokong kanak-kanak yang menghidap autisme. - Getaran, 9 September 2021


Gambar: Yayasan Alpro

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN