web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Karya Anak Malaysia Tarik Perhatian Duta Besar Itali

Alice Chang hadir dengan karya menyentuh hati sempena Hari Malaysia yang melambangkan harapan agar negara kita pulih selepas ujian pandemik.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 4:29PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis dan pengukir tempatan berbakat besar, Alice Chang hadir dengan sebuah sentuhan menakjubkan apabila memperkenalkan karya yang menunjukkan semangat masyarakat Malaysia sempena meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Alice yang juga pernah menuntut dalam bidang seni di New York membawakan tiga patung wanita dalam pamerannya yang diberi nama 3 Anugerah Buat Malaysia. Mereka ialah Siti, Ah Lian, dan Shanti yang menjadi simbol permulaan, kelahiran semula serta kelangsungan sebuah kehidupan.

Mengakui pandemik ini melelahkan, Alice berkata kariernya sangat terkesan akibat COVID-19. Bukan itu sahaja, pandemik ini juga menyebabkan dirinya tidak boleh bertemu dan kerap berhubung dengan keluarga. Hal ini sudah semestinya meruntuhkan semangat Alice.

“Melalui patung ini, saya menggunakan kepingan seramik lama atau yang sudah rosak dan mencantumkannya semula. Seolah-olah saya memberikan kehidupan baharu. 

“Semasa saya kecil, nenek selalu menggunakan bahan-bahan terpakai. Bayangkan, dari baju lama dia menjahitnya menjadi selimut. Jadi, sejak kecil lagi saya sudah belajar untuk menggunakan semula barang terbuang. Ia menjadi keunikan dan identiti seni saya.

“Ini adalah masa yang sangat sukar terutama bagi penggiat seni untuk meneruskan kehidupan. Menyiapkan karya 3 Anugerah ini sebenarnya banyak membantu saya keluar dari kesuraman. Ia memberikan saya harapan. Daripada serpihan objek yang terbuang, saya mencantumnya menjadi karya yang indah. 

“Sama juga, saya percaya kita semua boleh bangkit walaupun sudah retak. Kita boleh mencipta permulaan baharu kepada negara,” katanya. 

Duta Besar Itali, Christiano Maggipinto (tengah) terpesona dengan karya sentuhan Alice.
Duta Besar Itali, Christiano Maggipinto (tengah) terpesona dengan karya sentuhan Alice.

Pameran berlangsung di lobi Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, ramai memuji hasil kerja Alice termasuklah Duta Besar Itali, Christiano Maggipinto.

Menurut Chistiano, karya seni Alice mencerminkan keharmonia, perpaduan dan keunikan Malaysia.

Sebelum ini, Alice gemar mengembara dan suka mengambil gambar untuk dijadikan ilham dalam berkarya. Selain itu, dia juga mahir dalam pembuatan pasu, seni sulaman serta lukisan. 

Anda masih berpeluang menyaksikan hasil karya Alice yang masih berlangsung sehingga 30 September ini. - Getaran, 9 September 2021.

Gambar: Alice Chang

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN