web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lukisan Dipercayai Berusia Beribu Tahun Ditemukan Di Gua Kanthan

Pelbagai lukisan terdapat pada dinding dan lelangit gua tersebut seperti diconteng arang hitam dan berwarna merah berbentuk kapal, manusia, matahari dan haiwan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah persatuan warisan menemukan lukisan gua yang dianggarkan berusia antara 2,500 hingga 4,000 tahun di Gua Kanthan, Chemor di sini.

Pelbagai lukisan terdapat pada dinding dan lelangit gua tersebut seperti diconteng arang hitam dan berwarna merah berbentuk kapal, manusia, matahari, haiwan serta turut dijumpai kulit siput dipercayai jenis 'Brotia Spinola' dan rangka tuntung.

Penasihat Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT) Ching Boon Tat berkata lukisan itu ditemukan semasa beliau serta dua rakannya sedang menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan, dua minggu lepas.

"Ini merupakan lukisan gua yang pertama djumpai di Gua Kanthan. Lukisan itu masih cantik dan tidak terjejas langsung. Berkemungkinan gua ini dahulu menjadi penempatan manusia zaman Neolitik.

"Kami menemukan lukisan berbentuk kapal sepanjang kira-kira 150 sentimeter dengan 10 orang berada di atas kapal itu selain lukisan berbentuk matahari dan haiwan seperti biawak dan ayam," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ching berkata pihaknya berharap penemuan lukisan itu dapat dikaji dengan lebih lanjut dan terperinci oleh pakar sejarah yang berkaitan supaya mendapat maklumat lebih tepat dan mengumpul bukti mengenainya selain mengharapkan supaya tinggalan arkeologi itu dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.

"Kami tidak membuat kajian saintifik atau kajian khas sebaliknya hanya melakukan kajian secara umum dengan ahli persatuan sepenuhnya tanpa pembabitan daripada pengkaji sejarah. Lukisan ini perlu diukur dan dikaji dengan lebih terperinci dari segi pentarikhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Ahli Arkeologi Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Saw Chaw Yeh ketika dihubungi berkata kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengetahui dengan lebih tepat usia lukisan berkenaan.

Beliau berkata secara umumnya, khususnya di Asia Tenggara lukisan gua yang berwarna merah telah wujud pada zaman Neolitik manakala lukisan seperti diconteng arang hitam berkemungkinan telah berusia beratus tahun.

"Setakat ini tiada apa yang kita boleh kenal pasti untuk kaitkan lukisan itu dengan zaman yang mana satu. Ini kerana setakat ini isu utama ialah tidak ada ikon atau simbol yang boleh bantu dalam penentuan tarikh lukisan itu.

"Kebiasaannya, orang zaman purba menggunakan sejenis batu 'hematite' yang kebanyakannya digunakan di gua batu kapur di Malaysia dan kemungkinan ketika itu mereka mencampurkan darah atau buah-buahan untuk melukis," katanya. - Bernama

Semua gambar: Abdullah Mohd Yusof, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penuntut IPTA Didakwa Cederakan Rakan Baik Guna Asid

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Warga Emas Panik, Punca 5 Cedera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

USM Muncul Johan Debat Statistik Antara IPT Anjuran DOSM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PTPTN Peruntuk RM231,000 Bagi Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin Kepada Pelajar USM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN