web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Let's Laugh Malaysia!' Program Komedi Suntik Semangat Rakyat Malaysia Di Singapura

CausewayEXchange bakal mengadakan pertunjukan maya selama 90 minit bertajuk 'Let’s Laugh Malaysia!' untuk mengubat kerinduan melalui rancangan komedi dalam talian secara percuma sempena ‘Hari Malaysia’.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 9:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempadan Singapura-Malaysia ditutup sejak awal 2020 akibat pandemik COVID-19, menyaksikan ramai rakyat Malaysia memilih untuk tinggal di republik itu demia mencari nafkah buat keluarga di Malaysia.

Mereka yang terkandas selama lebih 18 bulan, pastinya amat merindukan tanah air. Tidak banyak perkara yang dapat mengembirakan apalagi kesuraman yang dicetuskan pandemik itu.

Justeru, Festival Seni rentas sempadan, CausewayEXchange cuba mencari penawar dan mengubati kerinduan. 

Menerusi teknologi KE-TAWA, CausewayEXchange bakal mengadakan pertunjukan maya selama 90 minit bertajuk 'Let’s Laugh Malaysia!' pada 18 September 2021.

Ia bertujuan mengubat kerinduan melalui rancangan komedi dalam talian secara percuma sempena ‘Hari Malaysia’.

"Ia bakal menampilkan empat pelawak Malaysia iaitu Rizal Van Geyzel, Kuah Jenhan, Gajen Nad, dan Prakash Daniel.

"Mari luangkan masa untuk ketawa dan melupakan segala gundah-gulana. Saya percaya ketawa adalah ubat paling mujarab,” kata Shawn Lourdusamy dari DMR Productions dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

DMR Productions selaku penganjur acara itu telah menjalankan perniagaan komedi sejak 2001 dan adalah pengasas CausewayEXchange.

Lourdusamy berkata, sebagai rakyat Malaysia dirinya juga amat merindukan tanah airnya.

Rancangan itu ditaja Maybank Singapura dengan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia di Singapura.

"Kita bersolidariti dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan terpisah daripada keluarga mereka ketika ini," kata Lim Kok Boon, ketua Retail Wealth and Branch Distribution Maybank Singapura.

Tahun lalu, Lim berkata bank itu telah melancarkan perkhidmatan pemindahan dana percuma untuk rakyat Malaysia, termasuk kepada bukan pelanggan, untuk mengirim duit ke mana-mana akaun bank di seberang sempadan.

“Melalui program komedi ini, kami mahu menghubungkan kembali dan menyatukan rakyat Malaysia di Singapura untuk menikmati suasana menggembirakan di Hari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar memuji usaha Lourdusamy menganjurkan program itu untuk menghubungkan dan menyatukan rakyat Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada Maybank kerana menyokong rancangan ini. Dalam detik sukar ini, kita mesti saling menyokong dan mengambil berat satu sama lain.  'Let’s Laugh Together' kerana ketawa adalah penawar paling berkesan,” kata Azfar.

Let’s Laugh Together akan dihoskan pelawak, Sam See dari Singapura, bermula 8 malam di https://www.facebook.com/CausewayEXchange.

Tiket percuma dan pendaftaran boleh dibuat di https://llm2021.peatix.com - Bernama

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN