web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Deklamasi Sajak Di Perantauan, Sekeluarga Raikan Hari Kebangsaan Cara Tersendiri

Tinggal di perantauan menyebabkan Raphy Md Radzi sekeluarga tidak mahu ketinggalan mengingati tarikh penting kemerdekaan negara bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dua tahun lepas, setiap kali tiba Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, empat sekeluarga ini  tidak pernah gagal mendeklamasikan sajak untuk menterjemahkan kecintaan mereka kepada negara.

Tinggal di perantauan, jauh dari tanah air menyebabkan Raphy Md Radzi, 40, tidak mahu ketinggalan mengingati tarikh penting kemerdekaan negara bersama keluarga bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka.

Aktiviti itu juga seperti mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanaknya apabila sering diminta  membacakan sajak hasil karangan arwah bapanya, Md Radzi Ismail secara “suka-suka” di rumah.

Minatnya itu 'dihidupkan' kembali apabila mengikuti beberapa sesi deklamasi sajak anjuran Persatuan Penyair Malaysia secara dalam talian sejak tahun lepas, katanya yang kini bertugas di Ho Chi Minh City sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke Vietnam. 

"Persatuan itu telah menganjurkan beberapa sesi deklamasi sajak, jadi saya pada mulanya hanya mengarang dan berhajat untuk mendeklamasikannya sendiri sahaja.

“Namun, anak-anak turut menyatakan minat untuk mencuba, begitu juga isteri. Jadi saya teruskan  mengarang sajak agar mereka dapat terlibat sama membacanya,” katanya yang sehingga kini telah mengarang lebih kurang 30 sajak. 

Sejak itu, beliau bersama isterinya, Wan Mursyidah Wan Ismail, 40, dan dua anak perempuannya Arina Batrisya Raphy, 13, dan Arissa Farzana Raphy, 11, terus menjadikan sesi deklamasi sajak sebagai aktiviti keluarga sekali gus mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan terutama semasa pandemik ini.

Rakaman sajak yang dideklamasikan empat beranak itu kemudiannya dimuat naik di laman Facebook untuk dihayati bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai yang mengenali mereka.

Anak kelahiran Taiping, Perak dan pernah bertugas di Johor itu, berharap agar usaha kecilnya ini dapat memupuk semangat cintakan negara kepada anak-anaknya sekali gus menggalakkan lebih ramai generasi muda terutamanya yang berada di perantauan untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu.

Katanya, walaupun di mana kita berada, semangat Selamanya Malaysia harus sentiasa terpahat di hati setiap rakyat Malaysia.

Raphy Md Radzi dan keluarganya
Raphy Md Radzi dan keluarganya

"Jasa dan pengorbanan generasi terdahulu merupakan titik tolak kepada kejayaan Malaysia pada masa sekarang. Perkara ini yang perlu dihayati dan memberikan makna yang besar kepada erti kemerdekaan buat generasi kini.

"Sekurangnya setahun sekali, penglibatan keluarga sedikit sebanyak dapat menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan anak-anak yang agak jarang mempraktikkannya ketika berada di perantauan," katanya yang menyifatkan Hari Kebangsaan sentiasa mengingatkannya mengenai erti kebebasan. - Bernama

Semua gambar: Ihsan Raphy Md Radzi dan Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN