Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pameran Seni Dunia Akhirat Demi Perjuangan Hak Sama Rata

Pameran seni ini menyaksikan hasil kolaborasi Cult Gallery dan Sisters In Islam.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 5:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam tempoh lebih setahun sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, banyak sektor ekonomi terjejas dan salah satunya adalah aktiviti kebudayaan dan keseniaan. 

Keadaan para penggiat seni kini makin parah apabila pelbagai pertunjukkan seni di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa terpaksa dibatalkan atau ditunda. 

Isu terputus punca pendapatan sudah lama membelenggu golongan ini lebih-lebih lagi dengan adanya wabak COVID-19. Ini kerana dalam industri seni, jika tiada pameran diadakan maka tiadalah sumber pendapatan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi menyemarakkan semula semangat penggiat seni, lebih daripada 30 artis tempatan akan mempamerkan karya mereka berkonsepkan Dunia Akhirat dalam pameran yang diterajui CULT Gallery Kuala Lumpur bersama Pertubuhan Sisters In Islam (SIS).

Kesemua karya seni dipamerkan melalui tayangan secara maya dan separuh daripada hasil penjualan bakal disumbangkan kepada Pertubuhan SIS Forum (Malaysia) Berhad.

Tema Dunia Akhirat diilhamkan daripada wabak COVID-19 yang telah melebarkan lagi jurang antara golongan elitis, M40 dan B40. Kesemua masyarakat kini mengalami dua kehidupan yang berbeza di mana golongan elitis tinggal di gelombang mewah manakala yang lain terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Pameran seni ini menampilkan karya seni yang dihasilkan oleh para seniman tempatan dengan menggunakan pelbagai medium seperti minyak, akrilik, cat air, arang, resin epoksi, arca seramik, pastel, dakwat, ukiran dan lain-lain.

Berikutan kejayaan empat pameran sebelumnya, SIS yakin acara tahun ini akan mendapat sambutan yang sama meskipun diadakan secara dalam talian. 

Menurut Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa mengakui tahun ini cukup mencabar buat semua penggiat seni.

 “Sudah dua tahun kami berdepan dengan virus ini dan pastinya ia sangat mencabar.

“Melalui tema Dunia Akhirat, para seniman dapat mengekspresikan diri dengan perasaan dan perspektif mereka terhadap situasi masa kini.

"Walaupun kami harus mematuhi SOP dengan mengadakan pameran dalam talian, kami yakin bahawa pertunjukan tahun ini akan berjaya sama seperti tahun-tahun terdahulu. 

“Kami sangat teruja untuk menampilkan karya-karya seni oleh artis baharu tanah air termasuk Ranerrim, Amani Azlin, Wong Ming Hao, Trixie Tan, Poojitha Menon dan Nawwar Shukriah Ali.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti art collectors Malaysia atas sokongan yang teguh terhadap perjuangan kami untuk mencapai hak sama rata dan keadilan bagi wanita dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.” kata Rozana. 

Karya 'The Emissaries' oleh Poojitha
Karya 'The Emissaries' oleh Poojitha

Pameran Seni Dunia Akhirat turut menampilkan artis tempatan yang terkenal dalam dunia seni tanah air dan antarabangsa seperti Ahmad Zakii Anwar, Dato Sharifah Fatimah Zubair, Noor Mahnun Mohamed, Anniketyni Madian, Bayu Utomo Radjikin, Chong Siew Ying, Kow Leong Kiang dan lain-lain.

Antara yang menjadi tumpuan kali ini ialah Ranerrim, yang dikenali ramai sebagai artis visual yang telah menghasilkan tiga lukisan menggunakan akrilik di atas kanvas bertajuk, ‘B40’ ,‘M40 dan ‘T20’ melalui koleksi sirinya The Space Between Us.

Karya 'B40' oleh Ranerrim
Karya 'B40' oleh Ranerrim
Karya 'M40' oleh Ranerrim
Karya 'M40' oleh Ranerrim
Karya 'T20' oleh Ranerrim
Karya 'T20' oleh Ranerrim

Antara karya seni lain yang turut dipamerkan adalah daripada Ahmad Shukri Mohamed, Umibaizurah Maher Ismail, Poodien, Dhavinder Singh, Chang Yoong Chia, Badruddin Wahab, Arif Fauzan, Fawwaz Sukri dan Hana Zamri. 

Selain itu Izat Arif, Amir Mansor, Haz Yusop, Lyne Ismail, Marvin Chan, Mohd Al-Khuzairie Ali, Nadia Nizamudin, Paul Nickson Atia, Sarah Radzi, Sharifah Mazwari, Sharon Chin dan  Zulkifli (Zul) Lee.

Karya oleh Umi Baizurah
Karya oleh Umi Baizurah

Jika berminat untuk melihat Pameran Seni Dunia Akhirat secara maya yang sedang berlangsung sehingga 31 Ogos 2021, anda boleh menghubungi Dayang Aina di 012-415 8031 ​​atau Aleza Othman di 017-685 4269.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pameran seni ini, anda boleh menjenguk laman sosial Cult Gallery di Instagram. - Getaran, 26 Ogos 2021

Semua Gambar: Cult Gallery dan Pertubuhan Sisters In Islam
 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 9 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran